Harian Metro

Peguam tidak terkejar-kejar

-

<<DARI MUKA 1

Perbicaraa­n kali pertama pada malam itu mengendali­kan 14 kes dalam tempoh kurang dua jam membabitka­n kes pendaftara­n pernikahan termasuk pengesahan nikah serta menghidupk­an semula kes yang sebelum ini ditolak hakim Mahkamah Rendah Syariah.

Pada malam itu, 10 pasangan hadir mendengar kes masing-masing. Perbicaraa­n pula dijalankan dengan tenang, mudah dan lancar.

Malah kebijaksan­aan Dr Mohd Na’im serta barisan peguam memudahkan perjalanan kes walaupun pada malam itu, perbicaraa­n bermula jam 8.40 malam dan berakhir jam 10 malam.

Bagi Sri Dewi Boelimin, 20, dari Banting, perbicaraa­n malam itu memberi peluang kepadanya dan suami yang bekerja pada siang hari hadir.

Dia yang berasal dari Tanjung Balai, Indonesia berkata, sebelum ini mereka dua kali datang ke situ untuk membuat pengesahan pernikahan dan kali ini, mereka hadir malam.

“Saya berpendapa­t, malam lebih selesa kerana tidak ramai orang dan kami tidak perlu mengambil cuti berbanding kes diadakan siang.

“Ia hanya mengambil masa singkat,” katanya.

Sementara itu, Peguam Syarie Boestamam Ahmad yang mengendali­kan satu kes malam itu berkata, pendekatan itu baik kerana pihaknya tidak perlu terkejar-kejar seperti siang.

“Walaupun letih, perbicaraa­n malam memudahkan peguam syarie seperti kami merancang masa dan kes.

“Selain itu, kami membantu orang ramai yang tidak boleh datang siang,” katanya.

Pada masa sama, Dr Mohd Na’im berkata, beliau berharap perbicaraa­n malam dapat menyelesai­kan 4,951 kes tertunggak dalam tempoh dua tahun.

Beliau berkata,

ketika bertugas sebagai hakim di Mahkamah Rendah Syariah Petaling pada 1998 hingga 2000, 2,000 kes tertunggak diselesaik­an hasil perbicaraa­n malam.

“Perbicaraa­n malam ini diperkenal­kan terutama bagi mengurangk­an bilangan kes tertunggak. Selain itu, ia membantu pihak yang sukar hadir pada siang atau tidak mendapat cuti menghadiri prosiding di mahkamah pada sebelah malam,” katanya.

Menurutnya, Selangor mempunyai jumlah pendaftara­n serta kes tertunggak yang tinggi di seluruh negara dan inisiatif itu diambil bagi mempercepa­tkan perjalanan kes khususnya mengurangk­an kes tertunggak.

 ??  ?? SEBAHAGIAN ahli keluarga hadir di mahkamah bagi kes perbicaraa­n.
SEBAHAGIAN ahli keluarga hadir di mahkamah bagi kes perbicaraa­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia