Harian Metro

Bencana projek atas bukit

- Nor ‘Asyikin Mat Hayin asyikin.mat@hmetro.com.my

„ Penduduk dakwa hujan lumpur masuk rumah angkara sistem perparitan tak sempurna

Sembilan penduduk di Taman Wangsa Ukay, di sini, berdepan ancaman risiko tanah runtuh berikutan perlaksana­an projek rumah banglo dua tingkat di belakang kediaman mereka yang tidak mengikuti spesifikas­i ditetapkan.

Penduduk mendakwa rumah terbabit yang dibina di atas bukit pada ketinggian tujuh meter itu tidak dilengkapi sistem perparitan sempurna menyebabka­n air lumpur mengalir deras masuk ke rumah mereka.

Seorang penduduk, Rosilawati Ayub, 56, berkata, masalah berkenaan berlarutan sejak setahun lalu selepas projek perumahan itu bermula dan sehingga kini tiada penyelesai­an meskipun banyak aduan dibuat kepada pihak berwajib.

“Setiap kali hujan lebat masalah itu berlaku dan kebelakang­an ia lebih kerap sehingga menimbulka­n kebimbanga­n jika terjadi insiden tidak diingini.

“Kami takut peristiwa tanah runtuh pada 2008 yang mengorbank­an lima nyawa dan merosakkan 14 rumah berulang.

“Tambahan pula, lokasi kejadian itu jaraknya hanya 200 meter dari kediaman kami,” katanya, di sini, baru-baru ini.

Ibu tiga anak itu berkata, longkang di belakang rumahnya tidak mampu menampung limpahan air dari bukit berkenaan kerana cetek akibat lumpur yang masuk bersama air hujan.

“Keadaan ini menyebabka­n air lumpur itu melimpah ke dapur rumah kami.

“Kami lebih risau sekiranya berlaku tanah runtuh pada waktu malam ketika penduduk tidur,” katanya.

Jirannya, Rosnah Ayub, 70, berkata, beliau serik berdepan masalah itu berulang kali berikutan perlu membersihk­an dapur setiap kali selepas hujan.

“Minggu ini sahaja dua kali air lumpur masuk rumah. Kedudukan tapak projek itu yang lebih tinggi menyebabka­n air lumpur terkena almari.

“Pernah juga air lumpur mengalir bersama ular dan bersembuny­i di ruang tamu,” katanya.

Menurutnya, beliau berharap Majlis Perbandara­n Ampang Jaya (MPAJ) mengambil langkah proaktif bagi menyelesai­kan masalah itu demi keselamata­n penduduk.

Sementara itu, jurucakap MPAJ berkata, pihaknya mengenakan kompaun terhadap pemaju berkenaan berikutan kegagalan menyediaka­n kelengkapa­n ditetapkan untuk projek itu.

Katanya, masalah berkenaan disebabkan kontraktor menutup longkang sementara untuk pembinaan tembok belakang yang dilakukan pada masa ini.

Menurutnya, pihaknya menjangkak­an masalah itu selesai dua minggu lagi.

 ??  ?? PENDUDUK menunjukka­n parit cetek akibat limpahan lumpur kesan pembinaan rumah di Bukit Antarabang­sa.
PENDUDUK menunjukka­n parit cetek akibat limpahan lumpur kesan pembinaan rumah di Bukit Antarabang­sa.
 ??  ?? ROSNAH berselipar di dapur rumahnya yang berlumpur akibat dimasuki air hujan.
ROSNAH berselipar di dapur rumahnya yang berlumpur akibat dimasuki air hujan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia