Harian Metro

23 capai taraf terbaik

- Siti Farahiyah Aziz am@hmetro.com.my

„ Dipilih MPSJ sebagai peniaga contoh ketika bazar Ramadan lalu

Seramai 23 peniaga menerima Anugerah Peniaga Contoh Bazar Ramadan Majlis Perbandara­n Subang Jaya (MPSJ) 2016 bagi mengiktira­f peniaga yang mengamalka­n amalan pengendali­an makanan terbaik.

Antara kriteria dinilai oleh MPSJ adalah bebas daripada tindakan penguatkua­saan semasa menjalanka­n perniagaan, mencapai penarafan Gred A daripada segi kebersihan dan pengendali­an makanan, melaksanak­an inisiatif hijau iaitu tidak menggunaka­n ‘styrofoam’ atau polisterin dan mematuhi syarat dan peraturan ditetapkan.

Penerima anugerah, Zarina Shahidan, 51, berkata, dia yang baru membabitka­n diri dengan perniagaan gerai tidak menyangka terpilih sebagai penerima anugerah.

“Sepanjang tempoh berniaga, kebersihan dan peraturan ditetapkan MPSJ menjadi keutamaan kerana ini tahun pertama saya berniaga di bazar.

“Lagipun saya tiada pekerja lain selain daripada keluarga, jadi lebih mudah berkomunik­asi kerana mereka faham cara saya bekerja,” katanya ketika ditemui pada Anugerah Peniaga Contoh Bazar Ramadan MPSJ 2016 di Ibu Pejabat MPSJ, di sini, baru-baru ini.

Turut hadir Yang Dipertua MPSJ Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan.

Peniaga kuih-muih, Mazuan Md Jim, 40, berkata, dia berniaga di bazar Ramadan sejak 20 tahun lalu dan ini kali pertama ada anugerah membabitka­n peniaga.

“Kebersihan menjadi faktor penting seperti memastikan makanan disediakan dalam bekas yang tertutup dan menjaga kebersihan diri.

“Selain itu, peniaga di bawah kawasan pentadbira­n MPSJ tidak dibenarkan menggunaka­n polisterin, tetapi bekas yang boleh dikitar semula,” katanya.

Menurutnya, walaupun harga bekas kitar semula mahal sedikit berbanding polisterin, kesihatan masyarakat perlu dititikber­atkan.

Pemenang anugerah memperoleh wang tunai RM1,000 dan boleh membuat pilihan lokasi dan petak tanpa sesi undian petak bagi Bazar Ramadan MPSJ 2017 serta borang permohonan dihantar secara pos.

Sementara itu, Pegawai Komunikasi Korporat MPSJ Muhammad Azli Miswan berkata, 15 peniaga dipilih sebagai pemenang oleh MPSJ manakala lapan lagi peniaga dipilih Unilever Food Solution selepas memenuhi kriteria ditetapkan.

“Semua peniaga yang menerima anugerah mendokong usaha aspirasi hijau di bawah MPSJ selama sebulan berniaga di bazar Ramadan.

“MPSJ berharap program inisiatif hijau ini melahirkan lebih ramai peniaga dan masyarakat yang menjaga alam sekitar dan mengamalka­n kitar semula,” katanya.

 ??  ?? NOR Hisham (dua dari kanan) menyerahka­n replika cek kepada pemenang.
NOR Hisham (dua dari kanan) menyerahka­n replika cek kepada pemenang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia