Harian Metro

MENGUCAP ‘CARI DUIT’

- Muhaamad Hafis Nawawi dan Nor Farhani Che Ad am@hmetro.com.my

Lelaki didakwa peluk Islam dua kali di dua masjid berlainan

Seorang lelaki bagaikan mempersend­akan agama apabila dipercayai mengucap dua kalimah syahadah sebagai tanda memeluk Islam di dua lokasi berasingan minggu ini untuk mendapatka­n wang.

Dalam kejadian pertama jam 5.12 petang, Isnin lalu, lelaki berusia lingkungan 30 tahun yang ditemani seorang mualaf berkunjung ke Masjid Al Irfan Derga, di sini, mendakwa tertarik dengan Islam dan mahu menjadi Muslim.

Ahli Jawatankua­sa Masjid Al Irfan Derga Azizan Hashim berkata, lelaki mualaf itu memberitah­u rakannya yang hanya memakai baju-T dan berseluar pendek mahu memeluk islam.

“Kami tidak mengesyaki apa-apa dan bersetuju sebelum dia mengucap dua kalimah syahadah di hadapan Imam Abdul Hadi Awang.

“Malah kami turut mengadakan kutipan sumbangan RM100 selepas dia mengucapka­n kalimah syahadah sebelum diserahkan kepadanya selepas solat Maghrib selain dihadiahka­n kain pelekat,” katanya, semalam.

Azizan berkata, lelaki terbabit turut memberitah­u memilih nama Islam Muhammad Adam menyebabka­n jemaah masjid gembira dengan keputusann­ya itu.

“Bagaimanap­un beberapa hari kemudian kami terkejut apabila orang sama sekali lagi memeluk Islam di sebuah lagi masjid selepas foto pengislama­nnya itu viral.

“Saya tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya namun tidak menolak kemungkina­n mereka menipu. Sepatutnya lelaki mualaf itu datang sekali lagi ke masjid ini hari ini (semalam) kerana mahu membawa seorang lagi rakannya namun selepas gambar mereka menjadi viral, dia tidak muncul,” katanya.

Sementara itu, Ahli Jawatankua­sa Masjid Abu Bakar Assidiq Kampong Baru, Bakar Arang, Ridwan Omar pula mengesahka­n individu terbabit orang sama.

“Lelaki itu memperkena­lkan dirinya dengan nama Lim dan meminta pihak masjid membantuny­a memeluk Islam.

“Dia datang ke masjid ini Rabu lalu selepas Maghrib apabila diperkenal­kan seorang mualaf sambil memberitah­u lelaki terbabit mempunyai masalah pendengara­n,” katanya.

Ridwan berkata, mereka membantu mengislamk­an lelaki itu di hadapan seorang ustaz sebelum memberi sumbangan RM400.

“Selepas itu saya berkongsi video dalam laman sosial WhatsApp sebelum terkejut apabila mengetahui lelaki terbabit pernah ke masjid lain di Alor Setar untuk tujuan sama,” katanya.

“Selepas mengetahui perkara ini, kami kecewa kerana ada pihak mengambil kesempatan mendapatka­n wang dengan cara sebegini.

“Setakat ini kami belum membuat sebarang laporan polis dan lebih berhati-hati pada masa akan datang,” katanya.

 ??  ?? SEORANG lelaki didakwa menipu memeluk Islam untuk mendapatka­n sumbangan wang di dua masjid berlainan di Alor Setar.
RIDWAN
SEORANG lelaki didakwa menipu memeluk Islam untuk mendapatka­n sumbangan wang di dua masjid berlainan di Alor Setar. RIDWAN
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia