Harian Metro

Dua budak keluar rumah pengasuh terlelap

-

Hanya kerana pengasuh tertidur, dua kanak-kanak lelaki membuka pintu rumah sebelum berkeliara­n di hospital lama, di sini, semalam.

Malah orang ramai yang menyedari kelibat kanak-kanak berusia dua dan empat tahun itu membantu menghubung­i polis sebelum diviralkan di Facebook (FB).

Selepas sejam diviralkan bapa kanak-kanak terbabit tampil sebelum mengambil semula anaknya.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, pihaknya membawa dua kanak-kanak lelaki itu ke Balai Polis Sungai Petani selepas dimaklumka­n penemuan mereka di hadapan hospital lama jam 11 pagi dan menghubung­i Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kuala Muda.

“Sewaktu JKM membuat laporan untuk membawa balik kanak-kanak itu, seorang lelaki datang mengaku bapa mereka,” katanya, di sini, semalam.

 ??  ?? DUA kanak-kanak lelaki ditemui berkeliara­n di hospital sebelum diviralkan.
DUA kanak-kanak lelaki ditemui berkeliara­n di hospital sebelum diviralkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia