Harian Metro

KENAL PASTI USTAZ PUKUL

- Nor Farhani Che Ad am@hmetro.com.my

„ Mangsa tunjuk rotan dibalut pita pelekat hitam diguna suspek

Siasatan polis mendapati kesan kecederaan teruk pada badan tiga murid berusia 10 hingga 12 tahun di pusat tahfiz, di sini, akibat dipukul dengan rotan yang dibalut pita pelekat hitam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, hasil soal siasat dengan seorang mangsa berusia 10 tahun, dia menunjukka­n rotan dibalut dengan pita pelekat berwarna hitam dan memberitah­u rotan itu digunakan ustaz untuk memukulnya dan dua lagi rakan.

Menurutnya, pihaknya mengesan suspek berusia 27 sebelum menahannya jam 10.10 malam kelmarin di Parit Buntar, Perak.

“Suspek berasal dari Kuala Kurau, Perak kemudian dibawa ke Mahkamah Majistret Sungai Petani pagi tadi (semalam) dan menerima perintah tahanan reman selama empat hari yang dikeluarka­n Majistret Balkhis Abdul Halim.

“Siasatan juga mendapati kejadian itu berlaku pada Isnin lalu selepas solat Subuh dan setakat ini waris mangsa masih belum tampil membuat laporan berhubung kejadian itu,” katanya.

Md Zukir berkata, setakat ini hanya dua mangsa dikenal pasti sementara seorang lagi keluargany­a gagal dihubungi dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Harian Metro semalam melaporkan tiga pelajar sebuah pusat tahfiz, di sini, cedera selepas didakwa dipukul seorang tenaga pengajar ganti dengan rotan.

Punca kejadian disebabkan tiga murid itu melarikan dari madrasah ketika solat Subuh sebelum ustaz terbabit mencari dan menemui mereka berhampira­n IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Kuala Muda.

Mereka dibawa ke bilik kuliah sebelum dirotan di hadapan rakan lain,

Kejadian itu viral di Facebook (FB) dan WhatsApp apabila gambar badan mangsa dipenuhi dengan kesan rotan yang teruk tersebar.

 ??  ??
 ?? FOTO: ?? SUSPEK yang didakwa memukul tiga murid di pusat tahfiz dibawa ke Mahkamah Sungai Petani, semalam.
FOTO: SUSPEK yang didakwa memukul tiga murid di pusat tahfiz dibawa ke Mahkamah Sungai Petani, semalam.
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia