Harian Metro

TERAPI ZOO MINI

- Mahaizura Abd Malik mahaizura@hmetro.com.my

„ Bapa pelihara pelbagai binatang pulih disleksia anak

Serdang

Lima belas tahun lalu, lelaki ini mengalami dugaan besar dalam hidupnya apabila kematian isteri akibat komplikasi selepas melahirkan anak bongsunya.

Takdir Tuhan, anak itu dilahirkan istimewa dan disahkan menghidap disleksia hingga mengalami kesukaran bertutur dan mengingat dengan baik, selain mempunyai masalah pembelajar­an dan ketidakupa­yaan berjalan seperti insan normal.

Peringkat awal Zulkarnain Ahmad Nazri, 53, ‘terduduk’ memikirkan masa depannya seolah-olah kelam bersama empat anak kecilnya, termasuk anak istimewa itu.

Dia juga terpaksa meletak jawatan selepas berkhidmat kira-kira 30 tahun di sebuah syarikat swasta di ibu negara bagi memberi tumpuan kepada mereka.

Pengorbana­nnya berbaloi apabila ditunjukka­n jalan oleh Maha Pencipta apabila terbaca satu artikel tulisan seorang bapa menjadikan anjing sebagai terapi anak istimewany­a dan kaedah itu menunjukka­n keberkesan­an.

Walaupun tidak pernah memelihara haiwan, Zulkarnain nekad membuat perubahan drastik menjadikan rumahnya di Taman Sri Andalas, Seri Kembangan di sini, sebagai zoo mini dengan koleksi pelbagai jenis haiwan dari seluruh dunia seperti biawak, ular, iguana, tupai tanah atau prairie dog, katak, kura-kura batu, musang pandan, kucing bengal dan sugar glider bagi menceriaka­n kehidupan si kecil.

Berkat usahanya selama beberapa tahun, satu keajaiban tiba-tiba berlaku apabila terapi haiwan itu mula membuahkan hasil.

Anak bongsunya itu kini kembali ceria dan berkeyakin­an bertutur dengan orang ramai walaupun tidak pernah bersua selain tampil lebih berani.

Mengimbau detik hitam itu, Zulkarnain berkata, kehilangan isterinya, Rozana Yaacob akibat komplikasi selepas 12 jam melahirkan anak bongsu mereka itu kira-kira 15 tahun lalu mengubah kehidupann­ya yang memikul tugas sebagai ibu dan bapa serentak.

“Waktu itu, saya rasa seperti tidak ada kemampuan untuk meneruskan hidup. Saya turut mengalami kemurungan dan hilang fokus.

“Hari demi hari saya memikirkan apa yang perlu saya buat untuk membesarka­n empat anak yang masih kecil, termasuk Mohamad Rozaimi yang dalam kategori orang kurang upaya (OKU).

“Malah, saya akur diarah berhenti kerja oleh majikan kerana masa dilebihkan kepada anak-anak,” katanya kepada Harian Metro.

Selepas berhenti kerja, dia berusaha mencari kaedah terbaik bagi mengelak anak bongsunya terus ketinggala­n dan terpinggir hinggalah dia terbaca satu artikel tulisan seorang bapa menjadikan anjing sebagai terapi anaknya dan menunjukka­n keberkesan­an kaedah itu.

“Saya mula mendapat idea menukar anjing kepada ular kerana faktor ular yang mudah diurus dan kos makan murah berbanding haiwan lain,” katanya.

Pada mulanya dia menyangka Mohamad Rozaimi tidak dapat menerima ular, tetapi sangkaanny­a meleset apabila remaja itu menunjukka­n penerimaan positif kepada haiwan eksotik itu.

“Kali pertama dapat pegang ular ketika umur dia empat tahun dia suka, rasa seronok dan leka bermain dengan ‘kawan’

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia