Harian Metro

Rangsang fisiologi, fizikal manusia 80 peratus

-

Kuala Lumpur: Kaedah penggunaan haiwan sebagai terapi sudah meluas di luar negara tetapi tidak begitu popular di Malaysia berikutan kurang pendedahan mengenai manfaat yang boleh diperoleh.

Pegawai Psikologi Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Zulfikar Ahmad berkata, penggunaan haiwan sebagai terapi diakui berkesan merangsang aspek fisiologi dan fizikal manusia sehingga 80 peratus.

“Contohnya, kajian oleh David E Nathanson yang diterbitka­n dalam sebuah jurnal pada 1998 membuktika­n ikan lumba-lumba banyak digunakan di Australia untuk mewujudkan keakraban antara manusia dan haiwan.

“Kajian kesan jangka panjang dalam terapi ikan lumba-lumba itu berjaya mengubah tingkah laku termasuk meningkatk­an tahap keyakinan diri responden iaitu kanak-kanak yang mempunyai masalah fizikal tahap serius dan hyperaktif di negara itu,” katanya kepada Harian Metro.

Beliau mengulas berkaitan usaha dilakukan seorang bapa tunggal sejak beberapa tahun lalu dengan menggunaka­n haiwan termasuk eksotik sebagai terapi memulihkan anaknya yang menghidap disleksia.

Menurutnya, kajian itu membuktika­n terapi haiwan mempunyai kaitan tarikan psikologi secara langsung dengan manusia sebagai satu daripada intervensi dalam pemulihan kerana wujudnya perkongsia­n emosi.

“Haiwan juga boleh menjadi pemangkin pemulihan masalah kemurungan dan trauma yang membuatkan seseorang itu melupakan keadaan atau kenangan pahit.

“Kesan berinterak­si dengan haiwan juga membantu memberi ketenangan diri dan secara tak langsung menurunkan tekanan darah dan degupan jantung manusia,” katanya.

Namun katanya, dari segi rawatan pemulihan, pemilihan haiwan perlu bersesuaia­n dengan jenis masalah yang dihadapi manusia itu kerana setiap haiwan berbeza kesannya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia