Harian Metro

Polis cari waris mangsa maut nahas

- Ramli Ibrahim am@hmetro.com.my

Polis memburu seorang lelaki berhubung fitnah yang mendakwa anggota polis trafik mengambil daging beku tanpa kebenaran dari sebuah lori dalam kemalangan di Kilometer 12, Jalan Gua Musang-Kuala Lipis berhampira­n Kampung Tanah Puteh, kelmarin.

Dakwaan yang disiar di laman sosial Facebook menjadi viral dan mendapat maklum balas netizen termasuk komen negatif hingga menjejaska­n imej polis dalam menjaga keselamata­n awam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gua Musang Deputi Superinten­dan Yap Sow Sing berkata, tuduhan dilemparka­n kepada anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang itu tidak diselidik terlebih dulu.

Menurutnya, anggota berkenaan mengambil tiga kotak daging beku itu selepas diberikan pembekal daging yang berada di lokasi kejadian.

“Individu terbabit menyebarka­n fitnah yang amat berat terhadap anggota kami dan tindakan tegas akan diambil,” katanya selepas menghadiri Majlis Aidilfitri di kuarters pegawai IPD di sini, semalam.

Harian Metro semalam, melaporkan sebuah lori membawa daging beku terbabas di Kilometer 12, Jalan Gua Musang-Kuala Lipis berhampira­n Kampung Tanah Puteh, jam 1.30 pagi kelmarin. Melaka: Usaha polis mengesan waris seorang pejalan kaki yang maut dalam kemalangan di Lebuh Sungai Udang- Paya Rumput- Ayer Keroh (SPA), berhampira­n Kem PLKN Ayer Keroh, di sini, awal pagi semalam, terbantut berikutan gagal menemui dokumen pengenalan diri pada mayatnya.

Kejadian itu menyebabka­n puluhan kotak berisi daging beku bertaburan di atas jalan dan anggota polis trafik berkenaan diarahkan mengawal tempat kejadian.

„ Lelaki sebar fitnah anggota trafik ambil daging beku tanpa kebenaran dicari

Yap berkata, anggota itu berada di lokasi kejadian dari jam 2 pagi hingga petang kelmarin bagi mengawal keadaan dan menunggu pembekal daging tiba.

Beliau berkata, pembekal daging menghulurk­an tiga kotak daging beku sebagai penghargaa­n kepada anggota terbabit.

““Individu itu (sebar fitnah) datang merakamkan gambar anggota kami yang sedang memasukkan kotak daging beku ke dalam but kereta hingga menjadi viral,” katanya.

Katanya, seorang pegawai trafik berpangkat inspektor membuat laporan di IPD Gua Musang, jam 12 tengah hari semalam berhubung fitnah itu untuk tindakan lanjut.

 ??  ??
 ??  ?? YAP menunjukka­n gambar yang diviral di laman sosial Facebook.
YAP menunjukka­n gambar yang diviral di laman sosial Facebook.
 ??  ?? KEADAAN kenderaan mangsa yang remuk dalam kemalangan di KM 53, Kampung Selat Pagar, semalam.
KEADAAN kenderaan mangsa yang remuk dalam kemalangan di KM 53, Kampung Selat Pagar, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia