Harian Metro

Ajal lepas minum bersama rakan

-

“Kami berenam minum semeja termasuk Ahli Parlimen Gerik Datuk Hasbullah Osman di Rumah Rehat Gerik pagi tadi (semalam). Saya terkejut apabila rakan terbabit kemalangan,” kata Kamarulzam­an Mohd Nazir, 44, rakan sekerja dua pegawai bank yang maut di Kilometer 53, Jalan Kuala Kangsar-Gerik, berhampira­n Kampung Selat Pagar, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 4 petang itu, dua mangsa maut dan dua lagi cedera dalam kemalangan membabitka­n pacuan empat roda Nissan Navara dengan sebuah lori tiga tan.

Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Muhamad Isa Mohd Ros, 45, dan Baharuddin Amaran, 52, manakala rakan mereka yang cedera dikenali sebagai Mahuddin Mokhtar, 57, termasuk pemandu lori berusia 66 tahun.

Kamarulzam­an dari Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) Kuala Kangsar berkata, dia dan seorang lagi rakan dari Kuala Kangsar menaiki kereta lain dan tiga rakan dari BSN Ipoh yang menaiki Nissan Navara berpecah selepas balik dari perjumpaan dengan Hasbullah di Rumah Rehat Gerik itu.

Menurutnya, selepas program penyerahan sijil penghargaa­n BSN kepada pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Felda Lepang Nenering, Gerik, dekat sini, dan mangsa dalam perjalanan balik ke Ipoh selepas solat Jumaat.

“Saya terima panggilan daripada seorang rakan mengatakan mereka terbabit kemalangan di Kampung Selat Pagar,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia