Harian Metro

KERANI SHEILA DIJEL 4 TAHUN

- Nor Azura Abdu Jalil zura_jalil@hmetro.com.my

„ Ibu tunggal bersalah kebas RM90,000 lapan tahun lalu

Bekas kerani syarikat produksi milik penyanyi Datuk Sheila Majid dipenjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen, di sini, atas tuduhan pecah amanah membabitka­n wang RM90,000 lapan tahun lalu.

Hakim Zulqarnani­n Hassan menjatuhka­n hukuman itu terhadap Nasimah Kamarudin, 39, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulka­n keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Ibu tunggal kepada dua anak itu kelihatan menangis teresak-esak di dalam kandang tertuduh sebaik mahkamah menjatuhka­n hukuman berkuat kuasa, semalam.

Bagaimanap­un, mahkamah membenarka­n permohonan peguam Ahmad Shamil Azad Abdul Hamid yang mewakili tertuduh untuk penangguha­n pelaksanaa­n hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi dan menaikkan jaminan daripada RM10,000 kepada RM18,000.

Terdahulu, dalam penghakima­nnya, Zulqarnain berkata, jenayah kolar putih adalah satu jenayah yang serius dan sering berlaku dalam kalangan masyarakat selain memberikan kesan negatif kepada sistem kewangan dan perniagaan di negara ini.

Berdasarka­n pertuduhan, Nasimah yang diamanahka­n dengan buku cek milik Syarikat Magada Entertainm­ent Sdn Bhd didakwa dengan curangnya menunaikan lima keping cek atas namanya dan mendeposit­kan lapan keping cek ke dalam akaun bank miliknya.

Nasimah didakwa melakukan perbuatan itu di Jalan Balau, Damansara Heights antara 1 November 2007 dan 28 Mac

2008.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan penjara maksimum 14 tahun dan sebatan serta denda jika sabit kesalahan.

Sebelum itu, Ahmad Shamil memohon mahkamah memberikan hukuman ringan atas alasan ini adalah kesalahan pertama tertuduh yang kini tidak bekerja dan menyara dua anak.

Bagaimanap­un, Timbalan Pendakwa Raya Faridah Nurdinie Bahrum memohon mahkamah memberikan hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat.

 ??  ?? SHEILA Majid
SHEILA Majid
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia