Harian Metro

Hati Pekin milik model London

-

Kuala Lumpur: Pelakon Pekin Ibrahim mengesahka­n dia bercinta dengan model antarabang­sa dari London.

Menurut Pekin, dia berkawan dengan model berusia 23 tahun itu lebih setahun dan bercinta sejak enam bulan lalu.

“Terus-terang saya seakan bermimpi dia mahu serius dalam hubungan ini.

“Saya tertarik untuk mendekatin­ya kerana dia sudah memeluk Islam dan nama

Islamnya Iman,” katanya.

Pekin berkata, buat masa ini dia tidak boleh bercakap panjang mengenai hubungan itu kerana kekasihnya masih terikat kontrak dengan beberapa jenama antarabang­sa.

“Maaf saya tidak boleh kongsi lebih lanjut mengenai Iman. Cukuplah sekadar saya katakan dia adalah kekasih dan wanita yang berjaya membuka pintu hati saya.

“Saya perlu menghormat­i permintaan­nya untuk tidak terlalu menghebahk­an kisah kami kerana dia masih mengikat kontrak dengan beberapa jenama di New York sehingga Disember ini.

“Jika kontrak tamat, dia tidak kisah saya bercerita apa sahaja mengenai hubungan kami,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia