Harian Metro

PUAKA LUBUK MERAH

- Zatul Iffah Zolkiply zatuliffah@hmetro.com.my

„ Lokasi tiga bersaudara lemas di Hutan Lipur Chakah didakwa ‘keras’ oleh penduduk tempatan

Permaisuri

Lokasi yang meragut nyawa tiga bersaudara di Hutan Lipur Chakah di sini, kelmarin turut dikenali sebagai Lubuk Merah kerana kawasan berkenaan didakwa ‘keras’ dan berpenungg­u.

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Man berusia 36 tahun mendakwa penduduk tempatan biasanya tidak mandi di kawasan berkenaan kerana keadaan paras airnya dalam selain terdapat pasir jerlus.

“Menurut cerita orang lama sebelum ini, tempat itu dianggap ‘keras’ kerana ada penunggu tetapi sejauh mana kebenarann­ya, saya sendiri tidak pasti.

“Namun, memang penduduk kampung tahu kawasan itu agak ‘keras’ dan biasanya memang kita tidak mandi di kawasan itu.

“Kita tidak boleh menafikan perkara sebegini kerana ia memang wujud dan orang-orang tua juga selalu berpesan supaya jangan terlalu suka jika berada di kawasan hutan atau tempat perkelahan seperti itu.

“Bagaimanap­un, apa berlaku semalam sudah ketentuan Ilahi. Kita harus menerima takdir dan saya simpati dengan keluarga mangsa dan berharap mereka reda dengan kejadian yang berlaku,” katanya.

Tinjauan Harian Metro di kawasan rekreasi berkenaan mendapati keadaannya agak lengang jika dibandingk­an ketika cuti hujung minggu dan cuti umum sebelum ini.

Difahamkan, kawasan rekreasi yang terletak di jalan menuju ke Hulu Seladang dengan jarak 13 kilometer dari simpang di bandar Permaisuri itu menjadi destinasi perkelahan bagi pengunjung tempatan.

Bagaimanap­un, tragedi ngeri yang baru meragut tiga bersaudara, kelmarin mungkin menjadi penyebab kekurangan pengunjung selain waktu yang masih awal.

Pengunjung, Mohd Asraf Arifin, 24, dari Kampung Losong, Kuala Terengganu memaklumka­n dia bersama enam ahli keluarga sudah merancang untuk ke kawasan perkelahan berkenaan bagi menghabisk­an cuti hujung minggu.

“Kami sudah rancang untuk mandi dan berkelah sejak semalam (kelmarin) dan saya tidak tahu pun pasal kejadian lemas itu.

“Hanya pagi tadi (semalam), saya terbaca mengenai kejadian lemas itu di laman sosial. Saya dan keluarga sudah berbelah-bahagi sama ada mahu meneruskan rancangan atau sebaliknya.

“Bagaimanap­un, selepas berbincang kami

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia