Harian Metro

DUGAAN BERTIMPA-TIMPA

- Junaidi Ladjana

„ Rumah keluarga mangsa culik dimamah api

Dugaan berganda. Itu yang boleh disimpulka­n terhadap nasib dialami keluarga Fandy Bakran, 26, mangsa culik warga tempatan 18 Julai lalu, apabila rumah keluargany­a di Kampung Pukat, Tanjung Batu Laut, dekat sini, musnah dalam kebakaran, jam 12.50 tengah hari, semalam.

Dalam kejadian itu, kediaman keluarga Fandy antara 24 rumah atas air musnah, namun tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

Ibu Fandy, Hasmiah Lahapi, 50, berkata, ketika kejadian, dia bersama lima ahli keluarga berehat sebelum dikejutkan dengan kediaman jiran terbakar.

Mereka kemudian terus menyelamat­kan diri kerana api marak dengan pantas.

“Bertimpa-timba dugaan yang kami lalui...sudahlah khabar anak belum diketahui (ditawan penculik), hari ini (semalam) rumah kami pula musnah dalam kebakaran.

“Saya tidak mahu cakap apa-apa lagi, kami tinggal sehelai sepinggang,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Menurut Hasmiah, tiada apa yang dapat diselamatk­an, namun dia bersyukur kerana semua ahli keluargany­a selamat.

Sementara itu, Ketua

Zon Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Tawau Penguasa Kanan Bomba Ismaidi Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kebakaran jam 1.04 tengah hari sebelum mengerahka­n 15 anggota bersama tiga jentera ke lokasi.

Mereka tiba di lokasi sembilan minit kemudian.

“Kebakaran membabitka­n 30 rumah atas air dan 24 daripadany­a musnah sama sekali. Punca kebakaran serta anggaran kerugian masih disiasat,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, operasi memadamkan kebakaran turut dibantu anggota polis, Pasukan Bomba Sukarela Merotai serta penduduk kampung.

Pada 18 Julai lalu, lima warga Malaysia yang juga kru bot tunda Serudong 3 diculik di perairan laut Dent Heaven, Lahad Datu ketika dalam perjalanan ke Semporna selepas menghantar pasir di Sandakan.

Bot tunda itu ditemui terkandas di beting pasir jam 2 petang dalam keadaan enjin hidup manakala barangan didalamnya berselerak. Kesemua kru kemudianny­a disahkan diculik dan dibawa ke selatan Filipina.

Selain Fandy, empat lagi kru yang diculik ialah juragan, Abd Rahim Summas, 62, Mohamad Jumadil Rahim, 23, Tayudin Anjut, 45, dan Mohd Ridzuan Ismail, 32.

 ??  ?? ORANG ramai melihat rumah terbakar di perkampung­an atas air di Kampung Pukat, Tanjung Batu Laut.
ORANG ramai melihat rumah terbakar di perkampung­an atas air di Kampung Pukat, Tanjung Batu Laut.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia