Harian Metro

Dadah RM450,000 dalam tin

-

Taktik seorang remaja perempuan berusia 19 tahun menyembuny­ikan syabu seberat tiga kilogram bernilai RM450,000 dalam tin dibawanya dipatahkan selepas dia ditahan polis di balai ketibaan Lapangan Terbang Tawau, di sini, jam 11.15 pagi kelmarin.

Penahanan dilakukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau diketuai Inspektor Izwan Abdol Rahman bersama 10 anggota.

Mereka turut merampas 23 bungkusan makanan ringan pelbagai jenama dan satu set permainan kanak-kanak.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, penahanan dibuat hasil maklumat awam serta risikan.

“Ketika ditahan, remaja itu memegang satu beg hitam, satu beg galas merah jambu dan satu lagi beg di tangan kirinya.

“Pemeriksaa­n menemui syabu dalam enam tin tertulis ‘36 PERSENT’ diletak dalam beg hitam. Syabu terbabit seberat 3,164 gram dengan harga pasaran RM450,000,” katanya pada sidang media di IPD Tawau, semalam.

 ??  ?? FADIL (tengah) memeriksa dadah yang dirampas pada sidang media di IPD Tawau, semalam.
FADIL (tengah) memeriksa dadah yang dirampas pada sidang media di IPD Tawau, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia