Harian Metro

Tiga beranak nyaris rentung

-

Tiga beranak yang juga orang kurang upaya (OKU) terselamat daripada menjadi mangsa kebakaran selepas diselamatk­an jiran yang menyedari mereka terperangk­ap dalam rumah yang marak terbakar di Jalan Huo Ping di sini, jam 11.30 malam kelmarin.

Ketika kejadian, mangsa, Liong Nguk Sin, 61, bersama isteri, Yap

Siu Poh, 62, dan anak lelaki mereka, Liong

Chau Hing, 24, yang pekak serta bisu tidak menyedari kebakaran.

Saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Wong, 30-an berkata, kebakaran membabitka­n enam rumah teres dua tingkat dan ketika kejadian, semua penghuni keluar dari rumah kecuali tiga beranak itu.

“Jiran yang menyedari tiga beranak itu belum keluar segera memanjat pagar rumah mereka dan membawa tiga beranak itu keluar,” katanya.

 ??  ?? KEADAAN enam rumah yang musnah dalam kebakaran, kelmarin.
KEADAAN enam rumah yang musnah dalam kebakaran, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia