Harian Metro

MASUK MALAM KELUAR SIANG

- Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail rabiatul@hmetro.com.my

Lima kapal nelayan warga Vietnam ditahan sebulan ceroboh perairan Malaysia

Santubong

Menceroboh perairan negara pada waktu malam dan keluar ke perairan antarabang­sa pada awal pagi adalah rutin sebulan lima kapal nelayan warga Vietnam yang menceroboh perairan Malaysia.

Bagaimanap­un, aktiviti mereka dapat dihentikan selepas ditahan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM), kira-kira 190 batu nautika dari utara Tanjung Po di sini, antara jam 6.40 hingga 10.40 pagi, Isnin lalu.

Timbalan Pengarah Operasi Daerah Maritim Kuching Komander Maritim Shahref Steve Mac Queen Abdullah berkata, pada pemeriksaa­n itu, lima kapal nelayan berdaftar di Vietnam dirampas.

Menurut beliau, 52 nelayan warga Vietnam berusia 16 tahun hingga 56 tahun ditahan manakala kira-kira 20,000 kilogram hasil laut dirampas.

“Kapal nelayan asing ini melakukan aktiviti penangkapa­n ikan dalam perairan Sarawak sejak sebulan lalu. Mereka menceroboh perairan negara pada waktu malam dan keluar pada awal pagi ke perairan antarabang­sa.

“Hasil tangkapan diserahkan kepada kapal induk yang menunggu di perairan antarabang­sa dan kami tidak menolak kemungkina­n kegiatan penceroboh­an ini didalangi sindiket tertentu,” katanya pada sidang media di Jeti Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin di sini, semalam.

Shahref Steve Mac Queen berkata, kapal induk dari Vietnam yang menunggu di perairan antarabang­sa mungkin menghantar keperluan semua kapal nelayan sebelum mengambil hasil laut ditangkap untuk dijual.

“Nilai keseluruha­n rampasan dianggarka­n kira-kira RM7 juta. Semua nelayan yang ditahan direman untuk siasatan lanjut mengikut Akta Perikanan 1985, sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM1 juta atau penjara lebih dua tahun untuk tekong manakala awak-awak boleh didenda maksimum RM100,000 atau penjara tidak lebih dua tahun,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia