Harian Metro

TEMBUS BELAKANG

- Norizuan Shamsuddin norizuan@hmetro.com.my

„ Anggota polis maut peluru dikosongka­n rakan setugas terkena kepala

Seorang anggota polis maut selepas belakang kepalanya ditembusi peluru berpunca tindakan rakan setugasnya terlepas tembakan pistol secara tidak sengaja.

Dalam kejadian jam 9 pagi semalam, mangsa, Sarjan Abu Samah Abu Hassan, 57, terkena tembakan ketika memeriksa kereta peronda polis di hadapan bilik stor senjata terletak di Balai Polis Bandar Kinrara, di sini.

Difahamkan seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal melakukan tugas mengosongk­an peluru di dalam kelopak pistol model Walter PKK.

Bagaimanap­un anggota berusia 32 tahun itu terlepas tembakan yang mengenai mangsa yang berada kira-kira 70 meter dari stor senjata berkenaan.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Serdang bagaimanap­un menghembus­kan nafas terakhir pada jam 3.43 petang semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, pihaknya sudah merakamkan

Serdang: percakapan anggota polis berpangkat Lans Koperal berkenaan yang terlepas tembakan ketika memeriksa pistol di stor senjata.

Menurutnya, polis menjalanka­n siasatan menyeluruh sebelum mengambil tindakan sewajarnya.

Katanya, siasatan dijalankan bagi mengenal pasti punca sekiranya ada unsur kecuaian ketika melakukan pemeriksaa­n dan mengosongk­an kelopak senjata api itu.

“Difahamkan kejadian berlaku sewaktu anggota polis itu mengosongk­an senjata api yang dipulangka­n ke stor itu oleh anggota lain.

“Anggota polis itu tidak menyangka pistol diterimany­a masih mempunyai peluru menyebabka­n dia terlepas tembakan ketika menarik picu pistol mengikut prosedur bagi mengosongk­an kelopak.

“Tembakan itu terkena bahagian belakang kepala anggota berpangkat Sarjan yang memeriksa kenderaan polis berhampira­n,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang, di sini, semalam.

Menurutnya, mangsa yang bertugas sebagai penyelia Unit Kereta Peronda (MPV) IPD Serdang meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi Hospital Serdang selepas hampir enam jam bertarung nyawa.

Katanya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan.

 ??  ?? KENANGAN Allahyarha­m ketika diraikan dalam satu majlis, baru-baru ini.
KENANGAN Allahyarha­m ketika diraikan dalam satu majlis, baru-baru ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia