Harian Metro

Terkilan tak dapat jumpa ayah

-

“Saya terkilan tidak sempat bertemu ayah. Dia keluar bertugas ketika saya masih tidur awal pagi tadi (semalam),” kata Nurfadhil Abu Samah, 23, anak kedua kepada anggota polis, Sarjan Abu Samah Abu Hassan yang maut terkena tembakan rakan setugasnya.

Dia yang ditemui di bilik forensik Hospital Serdang di sini, petang semalam, jelas tidak dapat menahan kesedihan atas pemergian mendadak bapanya.

“Biasanya, saya akan berjumpa ayah terlebih dahulu setiap pagi. Namun pagi ini (semalam) dia keluar bertugas lebih awal berbanding kebiasaann­ya.

“Saya hanya mengetahui kejadian menimpa ayah ketika baru keluar menjalani latihan praktikal di Petaling Jaya,” kata penuntut Universiti Selangor (UNISEL).

Menurutnya, mereka sekeluarga dimaklumka­n berita mengejutka­n kira-kira jam 9.30 pagi.

“Saya terkejut dimaklumka­n insiden yang menimpa ayah dan terus bergegas ke hospital. Namun ayah gagal diselamatk­an,” katanya.

Jenazah Allahyarha­m dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Makam Tuan Haji Said, Seremban di Negeri Sembilan.

Allahyarha­m meninggalk­an isteri, Zaiton Kamaruddin, 53, dan tiga anak berusia antara 19 dan 27 tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia