Harian Metro

MINTA DIBICARA

- Sarah Zulkifli sarah@hmetro.com.my

„ Bekas Pengarah Eksekutif Kencana Petroleum, dua lagi didakwa peroleh saham menerusi urusniaga dalaman

Bekas Pengarah Eksekutif Kencana Petroleum Berhad Yeow Kheng Chew dan dua lagi individu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas tiga tuduhan bersubahat dan memperoleh 1.159 juta unit saham syarikat itu menerusi urus niaga dalaman pada 2011.

Yeow, 64, Paulene Chee Yuet Fong, 56, dan Tan Yee Chee, 46, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Zulqarnain Hassan sebaik pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan dihadapi Yeow, dia yang diwakili peguam T Sunder didakwa memperoleh 1.159 juta unit saham Kencana Petroleum Berhad melalui akaun Sistem Depositori Pusat milik Paulene mengenai cadangan penggabung­an perniagaan Kencana Petroleum Berhad Group dan SapuraCres­t Petroleum Berhad Group.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Bursa Malaysia Securities Berhad, Exchange Square, Bukit Kewangan, di sini, pada 8 Julai 2011 dan didakwa mengikut Seksyen 188(2) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmat­an 2007 yang boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Paulene diwakili peguam Lim Kon Keen dan Tan yang diwakili peguam Chong Loong Men didakwa bersubahat dengan Yeow bagi memperoleh­i 1.1 juta unit saham Kencana Petroleum Berhad di tempat dan tarikh yang sama.

Mahkamah membenarka­n Yeow diikat jamin RM1 juta dengan dua penjamin manakala dua lagi tertuduh diikat jamin RM800,000 dengan dua penjamin.

Mahkamah turut menetapkan 11 Ogos ini sebagai pengurusan kes serta semua tertuduh tidak perlu menyerahka­n pasport kepada mahkamah.

 ??  ?? PAULENE
PAULENE
 ??  ?? YEOW
YEOW
 ??  ?? TAN
TAN
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia