Harian Metro

SELAMAT TIBA KE JEDDAH

-

135 petugas haji termasuk 21 kakitangan media sedia jalankan tanggungja­wab di Tanah Suci

Seramai 135 petugas haji termasuk 21 kakitangan media bagi musim haji 2016 selamat tiba, di sini, kelmarin.

Kumpulan itu membabitka­n 60 petugas perubatan serta 54 petugas kebajikan Tabung Haji (TH) tiba dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines MH150 yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabang­sa King Abdulaziz kira-kira jam 6.50 petang (11.50 malam waktu Malaysia).

Selepas selesai urusan dokumentas­i, mereka dibawa ke Wisma Tabung Haji Malaysia, di sini, yang disambut oleh Konsul Haji Malaysia di Jeddah Datuk Redhuan Sabaruddin.

Di samping itu, pasukan petugas dihidangka­n dengan sajian istimewa nasi Arab kambing dan ayam di halaman pejabat TH.

Mereka turut diberikan taklimat mengenai operasi dan pergerakan petugas untuk program seterusnya oleh Timbalan Konsul Haji TH Malaysia di Jeddah merangkap Ketua Operasi Haji Madinah Mohd Zawawi Bostam.

Kakitangan perubatan dan kebajikan kemudianny­a berangkat ke Makkah untuk menyempurn­akan ibadat umrah, manakala pasukan media bergerak ke Madinah dan tiba jam 6.30 pagi semalam.

Terdahulu di tanah air, majlis pelepasan petugas dilakukan Pengurus Besar Kanan (Haji) TH Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman di Kompleks TH Kelana Jaya, Selangor kelmarin.

Kumpulan pertama petugas haji terdiri daripada kakitangan unit teknologi maklumat (IT) seramai 14 orang tiba, di sini, pada 23 Julai lalu untuk membuat persiapan berkaitan.

Pada tahun ini, TH menugaskan 600 kakitangan untuk menjaga kebajikan jemaah.

Malaysia sudah menghantar 22,320 jemaah haji dan kumpulan pertama dijangka tiba di Madinah pada 4 Ogos ini.

 ??  ?? PETUGAS dan kakitangan termasuk media selamat tiba di Wisma Tabung Haji di Jeddah.
PETUGAS dan kakitangan termasuk media selamat tiba di Wisma Tabung Haji di Jeddah.
 ??  ?? PETUGAS dan kakitangan termasuk media menjamu selera.
PETUGAS dan kakitangan termasuk media menjamu selera.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia