Harian Metro

Perlu sampai 6 hari

-

Kuala Lumpur: “Kami mesti sampai enam hari sebelum wukuf di Arafah, itu antara cabaran utama yang perlu dihadapi sebelum menunaikan haji,” kata ketua konvoi ‘Ride To Hajj 2016’, Wazi Abdul Hamid, 45.

Menurutnya, perjalanan sejauh 13,500 kilometer itu akan mengambil masa selama 35 hingga 45 hari.

Katanya, konvoi motosikal berkuasa rendah pertama dari Malaysia ke Makkah itu akan merentasi sembilan negara iaitu Thailand, Myanmar, Bangladesh, India, Pakistan, Iran, Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Arab Saudi.

“Penganjura­n konvoi ini bertujuan menggalakk­an pelaksanaa­n haji sambil mengembara disamping membina kekuatan dan keyakinan diri daripada segi rohani dan jasmani.

“Menerusi pengembara­an ini juga, pelbagai pengalaman daripada segi tatacara kehidupan Muslim di sepanjang perjalanan dilalui dapat dikongsi bersama disamping mencermink­an perpaduan umat di Malaysia,” katanya.

Majlis perasmian dan pelepasan konvoi berkenaan disempurna­kan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini, semalam.

Selain Wazi, konvoi itu turut disertai Meor Azhar Meor Raflan, 43, Napiah Mat Noor, 50, Othman Darus, 49, dan Azman Baharuddin, 52.

Wazi berkata, apabila pulang ke tanah air nanti, beliau akan berkongsi pengalaman menunaikan haji dengan menunggang kapcai menerusi program khas.

“Saya akan berkongsi pengalaman pahit manis menempuh perjalanan ribuan kilometer dari tanah air ke Makkah untuk menunaikan haji,” katanya ketika ditemui.

 ??  ?? NAJIB melepaskan konvoi bermotor ‘Ride to Hajj 2016’ di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.
NAJIB melepaskan konvoi bermotor ‘Ride to Hajj 2016’ di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia