Harian Metro

‘Mereka pegawai bermasalah’

-

Lumpur: “Mereka adalah pegawai dan anggota yang bermasalah dan mempunyai rekod disiplin di peringkat jabatan.”

Itu penjelasan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Sakib Kusmi yang mendedahka­n 15 kakitangan­nya yang ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Katanya, ada antara mereka tidak hadir bertugas dalam tempoh masa lama dan pernah dikenakan tindakan tatatertib di peringkat jabatan sebelum mereka ditahan dalam operasi dijalankan polis.

“Kami memberi kerjasama penuh kepada PDRM untuk menyiasat mana-mana kakitangan yang terbabit dengan sindiket pemerdagan­gan manusia. Kami tidak melindungi mereka yang melakukan jenayah,” katanya.

Beliau mengulas laporan media berhubung tindakan dilakukan Bahagian Cawangan Khas Bukit Aman PDRM yang menahan 28 individu termasuk 15 kakitangan imigresen kerana dipercayai terbabit dengan sindiket pemerdagan­gan manusia.

Sakib berkata, pihaknya juga akan mengenakan tindakan di peringkat jabatan mengikut kesalahan dilakukan warganya termasuk mengambil tindakan memberhent­ikan kerja jika kesalahan yang dilakukan terlalu serius.

“Mereka yang terbabit dengan sindiket ini bukan sahaja melakukan jenayah malah mengancam keselamata­n negara dan Jabatan Imigresen tidak akan berkomprom­i dengan mana-mana kesalahan seperti ini,” katanya.

 ??  ?? SAKIB
SAKIB

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia