Harian Metro

Malang dirompak lelaki berparang

-

Dikejar sejauh 200 meter sebelum disamun. Itu nasib malang menimpa wanita berusia 40 tahun apabila dirompak lelaki bersenjata­kan parang,

Dalam kejadian jam 6.30 pagi kelmarin, mangsa diserang penjenayah ketika berada di Bukit Rawang Putra, di sini.

Sumber polis berkata, kejadian berlaku ketika mangsa menghidupk­an enjin motosikaln­ya sebelum didatangi kereta Perodua Myvi.

Menurutnya, seorang lelaki bersenjata­kan parang bertindak keluar dari kenderaan sebelum mengarahka­n mangsa menyerahka­n barangan berharga dimiliki.

“Mangsa yang terkejut dengan kemunculan suspek terus melarikan diri kerana bimbang dicederaka­n.

“Bagaimanap­un suspek lelaki berusia 20-an itu mengejar mangsa sejauh hampir 200 meter. Mangsa bagaimanap­un dikatakan terjatuh sebelum dirompak,” katanya.

Ekoran itu mangsa mengalami kerugian RM2,000 termasuk wang tunai dan telefon pintar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia