Harian Metro

Jel 5 bulan intai jururawat

-

Padah mengintai jururawat di dalam tandas Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Cheras, di sini, seorang tukang cuci terpaksa meringkuk lima bulan dalam penjara akibat perbuatann­ya itu.

Majistret Siti Radziah Kamarudin menjatuhka­n hukuman itu terhadap Ricky Jandriadi, 20, yang juga warga Indonesia sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa mengintai wanita berusia 24 tahun itu dengan niat untuk mengaibkan kehormatan dan mengganggu kesantunan, jam 7.40 pagi, 22 Julai lalu.

Dakwaan kes dilakukan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia