Harian Metro

56 kereta cikgu kena calar

-

Shah Alam: Sebanyak 56 kereta milik guru rosak dicalarkan ketika menghadiri kursus di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Sri Muda, di sini, Rabu lalu.

Difahamkan, dalam kejadian jam 1.30 petang itu, semua kenderaan diletakkan di bahu jalan berdekatan berikutan kawasan tempat letak kereta di dalam kawasan sekolah tidak mencukupi.

Pengetua sekolah itu Aznan Kassan berkata, semua guru dari sekolah di sekitar Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Petaling Perdana itu menghadiri kursus selama dua hari berkaitan peperiksaa­n Pentaksira­n Tingkatan Tiga (PT3).

“Mereka meletakkan kereta di sepanjang jalan di depan sekolah berikutan parkir sedia ada terhad dan kawasan berkenaan tidak mengganggu laluan utama kenderaan lain.

“Kejadian hanya disedari pada hari terakhir kursus sebelum mereka memaklumka­nnya kepada pihak pengurusan sekolah,” katanya.

Menurutnya, dia tidak menyangka kejadian seumpama itu berlaku kerana guru sekolah pernah meletakkan kereta di kawasan berkenaan sebelum ini, namun tidak dicalarkan.

“Walaupun ia mungkin dianggap remeh, saya sebagai ‘tuan rumah’ kesal dan memahami perasaan semua guru,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, pihaknya menerima lima laporan kes itu yang diklasifik­asikan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan khianat.

“Siasatan awal mendapati kawasan itu tidak mempunyai kamera litar tertutup (CCTV) dan pengawal keselamata­n hanya berada di dalam perkaranga­n sekolah berkenaan ketika kejadian berlaku.

“Kami tidak menolak kemungkina­n ia angkara budak nakal atau pihak yang tidak berpuas hati kerana gangguan lalu lintas. Semua kereta itu dicalarkan dengan senjata tajam,” katanya.

 ??  ?? ANTARA kereta yang dicalarkan di SMK Taman Sri Muda.
ANTARA kereta yang dicalarkan di SMK Taman Sri Muda.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia