Harian Metro

BILIK KULIAH BERAPI

- Ayusliza Azizan hmetroshah­alam@hmetro.com.my

„ Jemaah baru selesai solat Jumaat cemas asap berkepul

dalam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Shah Alam

Kebakaran mendadak sebuah bilik kuliah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, mencemaska­n jemaah yang ketika itu baru selesai menunaikan solat Jumaat. Dalam kejadian jam 2 petang semalam, beberapa jemaah melalui kawasan itu ternampak kepulan asap sebelum memaklumka­n kepada pengawal keselamata­n masjid.

Ketua Pengawal Keselamata­n masjid, Azizan Yahya berkata, pihaknya membuka pintu bilik kuliah dan cuba memadamkan api menggunaka­n alat pemadam kebakaran.

“Bagaimanap­un, usaha kami gagal berikutan api marak begitu cepat sebelum menghubung­i pihak bomba,” katanya di sini, semalam.

Azizan berkata, pemantauan di kawasan itu kerap dilakukan bagi memastikan bilik sentiasa berkunci selepas tidak digunakan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Haris Kasim ketika ditemui di lokasi berkata, kejadian itu hanya membabitka­n kebakaran kecil dan masih menunggu laporan siasatan terhadap punca kebakaran.

Sementara itu, Ketua Operasi Pegawai Bomba Kanan dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam, Norfazida Tina Mohamad berkata, bilik yang terbakar tidak mempunyai barangan elektrik dan menempatka­n kerusi, meja serta papan tulis saja.

Katanya, cermin utama bilik pecah akibat kebakaran hingga menyebabka­n api keluar dan memusnahka­n sebahagian kecil siling serambi menjadi laluan orang ramai.

“Pengurusan masjid memaklumka­n bilik kuliah itu digunakan kali terakhir pada Rabu lalu.

“Kami masih menyiasat punca kebakaran serta jumlah kerugian,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia