Harian Metro

KUAT KUASA ISNIN

- Hayati Ibrahim ya_t@hmetro.com.my

„ Dzulkifli Ahmad dilantik sebagai Ketua Pesuruhjay­a SPRM baharu

Pengarah Pasukan Penguatkua­sa Pemulihan Hasil Negara Jabatan Peguam Negara Pengarah Pasukan Penguatkua­sa Pemulihan Hasil Negara Jabatan Peguam Negara Datuk Dzulkifli Ahmad dilantik sebagai Ketua Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baharu dilantik sebagai Ketua Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baharu berkuat kuasa Isnin ini.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa berkata, Dzulkifli yang dilantik dengan tempoh perjawatan sehingga 31 Julai 2021 itu menggantik­an Tan Sri Dr Abu Kassim Mohamed yang tamat perkhidmat­annya.

“Abu Kassim kini ditempatka­n sebagai Pakar Perunding Integriti Fakulti Undang-Undang di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

“Pelantikan Dzukifli sudah diperkenan­kan oleh Yang di-Pertuan Agong selaras dengan subseksyen 5 (1) Akta SPRM 2009,” katanya

Ali turut mengumumka­n Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Pencegahan) SPRM Datuk Seri Mustafar Ali ditempatka­n sebagai Ketua Pengarah Jabatan Imigresen baharu berkuat kuasa tarikh sama.

Katanya, ia bagi menggantik­an Datuk Seri Sakib Kusmi yang ditempatka­n di Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA).

Selain itu, Tan Sri Dr Noorul Ainur Mohd Nur yang sebelum ini Ketua Setiausaha (KSU) Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi ditukarkan sebagai KSU Kementeria­n Pengajian Tinggi (KPT) mulai 5 Ogos, menggantik­an Datuk Seri Dr Zaini Ujang yang ditukarkan sebagai KSU Kementeria­n Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA).

“Beliau menggantik­an Datuk Loo Took Gee yang bersara pada 5 Ogos,”katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia