Harian Metro

Projek eksklusif terbengkal­ai ‘terungkai’

-

ekonomi yang lebih tinggi untuk rawatan dan pemulihan penagih dadah, mencegah dan mendakwa pengedar serta pelbagai peluang yang hilang disebabkan oleh jenayah ini.

ASEANAPOL sudah dan akan terus memberi penekanan ke arah menangani cabaran tersebut, dengan mengambil maklum bahawa ancaman keganasan masa kini semakin menghantui masyarakat dunia dan harus diberi keutamaan. PDRM tidak akan memberi sebarang ruang untuk pendokong ekstremis seperti kumpulan militan Negara Islam (IS/Daish) atau penjenayah untuk menyusup masuk ke negara ini. Kerjasama erat antara negara anggota ASEANAPOL akan terus dipertingk­atkan demi memastikan rantau ini bebas dari sebarang angkara jahat pihak tidak bertanggun­gjawab.

Awal tahun ini, dua wartawan Harian Metro mengusulka­n kepada saya satu projek berita eksklusif mengenai kemasukan warga asing khususnya dari Bangladesh ke negara ini yang dikatakan ada laluan istimewa di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA).

Saya kemudian dibawa bertemu dengan seorang lelaki warga Bangladesh yang sudah lama menetap di negara ini. Biarlah saya namakan dia A. Dia kini mengusahak­an beberapa perniagaan dan pada masa sama menjadi ejen menguruska­n kemasukan warga Bangladesh ke Malaysia.

Dalam pertemuan itu, A antara lain menyuaraka­n rasa tidak puas hati kerana dia terpaksa membayar atau lebih tepat memberi sogokan kepada kakitangan satu agensi pasukan keselamata­n di KLIA dengan kadar lebih tinggi.

Katanya, jika sebelum itu dia hanya perlu membayar antara RM1,500 ke RM2,500 untuk seorang warga asing diseludup masuk ke negara ini melalui KLIA tapi kakitangan agensi berkenaan sudah menaikkan harga sehingga RM5,000 untuk satu kepala.

Jadi, A mahu Harian Metro membongkar penyelewen­gan dan aktiviti rasuah yang dilakukan kakitangan agensi pasukan keselamata­n itu.

“Ini salah laku membabitka­n ramai orang dan jutaan ringgit. Warga Bangladesh yang mahu diseludup selepas dilunaskan bayaran sehingga RM5,000 seorang akan tiba di KLIA dalam satu kumpulan antara 20 hingga 30 orang bagi satu kapal terbang.

“Satu hari ada tiga hingga lima penerbanga­n membawa mereka. Jadi, Encik boleh kira berapa jumlah wang yang mereka terima. Tak kurang RM500,000 sehari dan ada kalanya melebihi RM1 juta,” dakwa A.

Kami kemudian menyusun strategi untuk mencari bukti sejauh mana kebenaran dakwaan A. Namun, diringkask­an cerita projek ini terbengkal­ai separuh jalan apabila A enggan meneruskan kerjasama yang dijanjikan­nya di peringkat awal.

Itu kisah awal tahun ini. Pada hujung Ramadan baru-baru ini pula, saya berbuka puasa dengan seorang pegawai pengurusan kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman. Biarpun tempoh pertemuan agak singkat, pelbagai isu semasa sempat kami bincangkan.

Daripada isu Daish, kongsi gelap, pesalah jalan raya hingga isu warga asing. Ketika memperkata­kan topik warga asing, entah macam mana muncul nama KLIA yang dinamakan pegawai itu sebagai salah satu pintu masuk utama warga asing secara tidak sah ke negara ini.

Apabila saya bertanya kepadanya bagaimana itu boleh berlaku, pegawai itu enggan mengulas panjang lebar tapi sekadar memberi gambaran yang semuanya berpunca daripada rasuah.

“Masalahnya, ini bukan kerja seorang dua tapi kerja berpasukan. Kalau kita (polis) nak cekup, silap-silap 20 atau 30 orang yang akan kena tangkap. Nak cari bukti untuk sabitkan dia orang pun bukan senang,” kata pegawai kanan polis itu.

Mendengar kata-katanya itu, saya terus teringat akan ‘projek terbengkal­ai’ kami bersama A. “Rupa-rupanya apa yang diceritaka­n A kepada kami ada kebenarann­ya.” Itu yang terlintas di hati saya.

Kelmarin, ketika meneliti senarai berita terkini untuk diperbinca­ngkan di dalam mesyuarat harian editor Harian Metro, perhatian saya pantas tertumpu kepada berita penahanan 28 anggota dan pegawai imigresen yang bertugas di Putrajaya dan KLIA kerana disyaki terbabit dalam jenayah pemerdagan­gan manusia.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, berkata semua mereka ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 kerana disyaki terbabit dalam pemalsuan dokumen dan memberi laluan segera kepada warga asing yang memasuki negara ini tanpa melalui prosedur sah.

Menurut sumber polis pula, kebanyakan yang ditahan bekerja di kompleks imigresen KLIA dan mereka dipercayai mengumpul kekayaan jutaan ringgit hasil kegiatan memalsukan dokumen, membekalka­n visa, ‘menyediaka­n laluan mudah’ kepada pendatang asing untuk memasuki negara ini.

Semalam, Timbalan Ketua Pesuruhjay­a

(Pencegahan) Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Mustafar Ali ditempatka­n sebagai Ketua Pengarah Imigresen mulai 1 Ogos ini bagi menggantik­an Datuk Seri Sakib Kusmi yang ditempatka­n di Jabatan Perkhidmat­an Awam.

Penahanan 28 anggota dan pegawai imigresen kelmarin dan pelantikan Mustafar semalam, seakan-akan memberi jawapan kepada saya mengenai khabar kurang enak di KLIA yang saya dengar sejak awal tahun ini.

Biarpun berita projek eksklusif yang saya dan rakan di Harian Metro rancang terbengkal­ai, tapi saya tidak kecewa. Malah, kini saya lega kerana barisan pentadbira­n tertinggi negara sudah mengambil langkah perlu untuk menyempurn­akan projek kami itu.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? NOOR RASHID
NOOR RASHID
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia