Harian Metro

Berdikari tembusi pasaran global

-

Usahawan belia di negara ini disaran supaya tidak terlalu bergantung atau mengharapk­an insentif kerajaan untuk memajukan perniagaan mereka ke persada antarabang­sa.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Seri Mustapa

Mohamed berkata, tanggapan insentif atau galakan oleh sesetengah belia perlu diubah seperti kebanyakan usahawan berjaya hari ini yang tidak mengharapk­an tawaran kerajaan.

“Keusahawan­an adalah komitmen dan semangat. Insentif itu mungkin kita boleh sediakan dari segi kemudahan, tetapi apa yang lebih penting bagaimana kita perlu bekerja keras.

“Kalau kita tengok, ramai antara usahawan yang berjaya tidak bergantung kepada insentif, jadi kita kena ubah pemikiran mengenai insentif untuk menjadi usahawan berjaya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Karnival Usahawan Muda ASEAN 2016 (AYEC 2016) di Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (Matrade), di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri

Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Pengerusi Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN, Tan

Sri Dr Munir Majid, Ketua Pegawai Eksekutif Matrade, Datuk Dzulkifli Mahmud dan Pengerusi Bersama Majlis Usahawan Muda ASEAN, Syed Nabil Aljeffri.

Sementara itu, Khairy menggesa usahawan negara khususnya yang terbabit dalam perusahaan kecil dan sederhana mengambil peluang meluaskan perniagaan memandangk­an sumbangan eksport rantau ASEAN berada di paras minimum walaupun mewujudkan jumlah pekerjaan yang besar.

“Ekosistem keusahawan­an Malaysia antara paling maju dalam dunia dengan sokongan lebih 20 agensi kewangan kerajaan, jadi sehinggaka­n kadangkala pinjaman diberikan tanpa cagaran dan hanya bersandark­an idea usahawan muda ini.

“Kementeria­n Belia dan Sukan serta Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri akan saling bekerjasam­a untuk memastikan usahawan muda yang menjana pekerjaan dan perintis industri diberi keutamaan di samping mempunyai akses lebih baik terhadap modal,” katanya.

Karnival dua hari bermula hari ini anjuran bersama Matrade dan Persatuan Usahawan Muda ASEAN dijangka menarik penyertaan 5,000 pelawat yang mengunjung­i lebih 300 ruang pameran usahawan muda dalam dan luar negara.

Turut mengambil bahagian, 1,000 usahawan daripada 10 negara ASEAN termasuk Malaysia, Brunei dan Filipina.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia