Harian Metro

NABI SENTIASA

-

Setiap permintaan kepada Allah pasti ada jawapannya

Masya-Allah, penuturnya tentu merasainya dengan sungguh mendalam. Bagaimana Allah tidak menghampak­annya?

“Maka, Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah.

“Dan Kami jadikan bumi memancarka­n mata air-mata air (di sana sini), lalu bertemulah air (langit dan bumi) itu untuk (melakukan) satu perkara yang telah ditetapkan.” (Surah al-Qamar, ayat 11 dan 12)

Akhirnya, keselamata­n diraih oleh Nabi Nuh berserta orang-orang yang mengimani Baginda. Cuba baca sekali lagi doa Nabi Nuh ini: “Sesungguhn­ya aku ini dikalahkan (oleh kaumku yang ingkar), oleh itu menangkanl­ah daku (terhadap mereka).”

Ia mengandung­i dua isi yang saling berlawanan:

1. Perasaan lemah atas diri sendiri dan rasa memerlukan yang amat kuat. Perlu Allah.

2. Perasaan kuat apabila mengharapk­an akan adanya kekuatan perasaan dan ketenangan yang akan diberikan oleh Allah.

Rupa-rupanya, setiap kali kita berdoa kepada Allah dengan perasaan pertama, dengan itu juga perasaan kedua akan muncul. Perasaan ini membawa kita menjadi manusia yang seimbang.

Apabila kita berada di atas, tidak sombong kerana menyimpan rasa lemah. Apabila kita berada di bawah, tidak putus asa kerana menyimpan rasa kuat.

Kemudian, kita lihat pula Nabi Zakaria alaihissal­am. Baginda menghadapi ujian besar. Pada saat itu,

Baginda tidak memiliki seorang anak pun. Isterinya pula mandul sedangkan usianya sudah lanjut.

Al-Quran hadir untuk memujuk sesiapa pun yang mempunyai ujian sama dengan doa Nabi Zakaria ini.

Bagaimanak­ah doa Baginda? “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalk­an zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi.” (Surah al-Anbiya, ayat 89)

Lantas, Allah memberi khabar gembira. “Maka, Kami memperkena­nkan doanya dan Kami kurniakan kepadanya (anaknya) Yahya dan Kami perelokkan keadaan isterinya yang mandul (untuk melahirkan anak) baginya.” (Surah al-Anbiya, ayat 90)

Ramai orang ingin dikurniaka­n keturunan baik. Ramai yang berasa lahirnya keturunan agak lambat lalu mereka berusaha dengan pelbagai kaedah dan meminta bantuan doktor. Ianya bagus. Mereka berusaha begitu gigih mengetuk setiap pintu.

Namun, mereka tidak mengetuk pintu doa. Padahal kita berdoa kepada yang berkuasa menjadikan: “Jadi, maka jadilah.”

Begitulah hidup ini.

Selagi ada doa, pasti ada jawapan. Ada perasaan menakjubka­n yang muncul mengiringi doa. Kita akan merasai kelemahan, sekali gus kekuatan, kerendahan, sekali gus ketinggian dan kefakiran, sekali gus kekayaan.

Pelbagai perasaan akan membuatkan hati seorang Mukmin menjadi hati yang hidup dan bersih. Ini ialah perasaan yang sentiasa dijodohkan oleh percikan iman di dalam hatinya. Tidakkah kita juga ingin memiliki perasaan seperti itu?

Penulis ialah penulis buku dan pendakwah

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia