Harian Metro

PELUANG TERBAIK MILIKI RUMAH

- Mohamad Fahd Rahmat fahd@hmetro.com.my

Kumpulan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) yakin kerjasama dengan peneraju kediaman eksklusif dengan harga berpatutan di negara ini, Kumpulan Andaman Group mampu menjadikan NSTP sebagai peneraju media cetak dalam perundinga­n hartanah.

Pengarang Urusan Kumpulan NSTP, Datuk Abd Jalil Hamid berkata, Pameran Hartanah MyRumah II di Johor Bahru menampilka­n penceramah dan pakar hartanah terkemuka yang akan berkongsi pandangan, tinjauan masa depan pasaran hartanah untuk 2016 selain tips, strategi pelaburan dan kewangan

“Pameran MyRumah II dianjurkan dengan hasrat menjadikan NSTP sebagai peneraju media cetak dalam perundinga­n hartanah di negara ini,” katanya pada majlis pelancaran disempurna­kan oleh Pengerusi Jawatankua­sa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Abdul Latif Bandi.

Turut hadir, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru, Datuk Abdul Rahim Nin, Pengarah Urusan Andaman Group, Datuk Seri Dr Vincent Tiew dan Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corportati­on (JCorp), Datuk Kamaruzzam­an Abu Kassim.

Pameran yang masuk tahun kedua penganjura­nnya itu menampilka­n pelbagai tawaran menarik daripada 14 pempamer dan penaja, di samping ceramah hartanah serta pelbagai aktiviti menarik lain.

Sebanyak 14 pempamer menyertai antaranya Meridian East (Mah Sing), Komtar JBCC, Sharp, LG Electronic­s, UDA Land, Andaman, Takaful Ikhlas dan NSTP. Pameran itu adalah platform terbaik bagi orang ramai mendapatka­n maklumat terus dan tawaran hartanah terkini bagi merealisas­ikan impian memiliki rumah pertama.

Semalam, seramai sembilan penceramah dijemput bagi menyampaik­an ceramah berhubung pelbagai topik berkaitan hartanah bermula jam 11 pagi hingga 8 malam yang berlangsun­g di ruang legar Komtar JBCC.

Antaranya, peguam komersil dan hartanah, Elizabeth Siew, Medini Iskandar Malaysia Sdn Bhd yang diwakili Adeline Chng, Dr Daniele Gambero dari REI Group and Companies serta Faiket Luari dari EMR Orion Quest Sdn Bhd.

„ Pameran MyRumah II jadikan NSTP sebagai peneraju

media cetak dalam perundinga­n hartanah

 ??  ?? DARI kiri, Abdul Rahim, Abd Latif, Kamaruzzam­an, Abdul Jalil Hamid dan Dr Vincent Tiew pada Majlis Pelancaran My Rumah Property Showcase di Komtar JBCC Johor Bahru.
DARI kiri, Abdul Rahim, Abd Latif, Kamaruzzam­an, Abdul Jalil Hamid dan Dr Vincent Tiew pada Majlis Pelancaran My Rumah Property Showcase di Komtar JBCC Johor Bahru.
 ??  ??
 ?? Abd Jalil Hamid ?? Pameran MyRumah II dianjurkan dengan hasrat menjadikan NSTP sebagai peneraju media cetak dalam perundinga­n hartanah di negara ini”
Abd Jalil Hamid Pameran MyRumah II dianjurkan dengan hasrat menjadikan NSTP sebagai peneraju media cetak dalam perundinga­n hartanah di negara ini”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia