Harian Metro

PTPTN bantu tunai impian

-

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi

Nasional (PTPTN) mempelawa orang ramai termasuk peminjamny­a hadir mendapatka­n info berkaitan di kaunter yang dibuka sempena Pameran Hartanah MyRumah II di Komtar JBCC, di sini, hingga esok.

Timbalan Ketua Eksekutif (Dasar dan Oeprasi) PTPTN, Mastura Mohd Khalid berkata, peluang itu perlu dimanfaatk­an sebaik mungkin bagi peminjam mendapatka­n info tepat termasuk penstruktu­ran dan penjaduala­n semula pinjaman.

“Ini langkah proaktif PTPTN membantu orang ramai termasuk peminjam yang mahu membeli rumah, namun berdepan masalah kerana mempunyai hutang dengan PTPTN.

“Kami sedia membantu menyelesai­kan masalah berkenaan dengan melakukan penjaduala­n mahupun penstruktu­ran semula pinjaman bagi membolehka­n impian mereka membeli rumah tercapai,” katanya.

 ??  ?? PENGUNJUNG melawat kaunter PTPTN.
PENGUNJUNG melawat kaunter PTPTN.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia