Harian Metro

‘WASPADA ANCAMAN DAISH’

- Mohd Nasif Badruddin dan Hairulazim Mahmud am@hmetro.com.my

Rakyat diminta bersedia terima perubahan SOP penguatkua­saan undang-undang demi keselamata­n negara

Datuk Seri Najib Razak mahu rakyat bersedia dan menerima kenyataan dengan sebarang perubahan berkaitan prosedur operasi standard (SOP) penguatkua­saan undang-undang dan kawalan keselamata­n berikutan ancaman militan Daish.

Perdana Menteri mengingatk­an sebarang peraturan baharu yang diperkenal­kan semata-mata untuk memastikan tahap keselamata­n di seluruh negara termasuk di sempadan dipertingk­atkan.

“Ia perlu dijadikan sebagai satu norma baharu bagi Malaysia sebelum kejadian lebih buruk berlaku dan kita pula dipersalah­kan.

“Rakyat mesti sedar kalau ada sedikit sebanyak peraturan baharu lebih ketat, harap rakyat faham, ini sesuatu yang tidak dapat kita elakkan, bukan dikehendak­i kerajaan tetapi keadaan keselamata­n menuntut kita membuat perubahan sewajarnya,” tegas beliau.

Beliau yang juga Presiden UMNO berkata demikian pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam. Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau mengulas perkembang­an terkini keselamata­n negara termasuk ancaman pengganas Daish yang semakin membimbang­kan selain kejadian jenayah dan pembunuhan terbuka yang menjadi-jadi sejak kebelakang­an ini.

Mengenai budaya ‘berselfie’ dalam kalangan rakyat untuk mendekati pemimpin, Najib berkata, masyarakat negara ini berdepan cabaran besar kerana budaya dan gaya hidup rakyat Malaysia terbuka.

“Kita santai dan ‘informal’ dan begitu mudah mendekati mana-mana pemimpin, ini menjadi gaya hidup kita selama ini, saya tidak mahu menukar gaya ini, cuma hendak tingkatkan tahap kesiapsiag­aan dan kawalan kita.

“Sebagai pemimpin kerajaan kita perlu mesra dengan rakyat dan apabila ada majlis seperti majlis hari raya, rumah terbuka dan sebagainya, kita bersalaman dengan ribuan pengunjung termasuk dengan mereka yang suka berselfie dengan pemimpin sebagai minat rakyat Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu Najib berkata, langkah penukaran SOP, arahan dan panduan keselamata­n yang dimaksudka­n termasuk membabitka­n acara perjumpaan pemimpin dan majlis orang ramai.

“Menteri Dalam Negeri (Ahmad Zahid) umumkan Ops Cantas 2 dan ini diikuti dengan kajian lebih mendalam mengenai penceroboh­an di kawasan sempadan Malaysia-Thailand dan langkah lain yang perlu diambil seperti majlis orang ramai dan sebagainya.

“Mungkin

perlu

dilihat untuk beberapa aspek yang boleh meningkatk­an tahap keselamata­n di majlis terbuka,” katanya.

Tegas beliau, tiada mana-mana negara dalam dunia ini mampu terselamat daripada ancaman Daish selepas berlaku pelbagai kejadian di serata dunia hampir setiap hari ketika ini termasuk Malaysia .

“Sudah tentu sekali ancaman paling serius ialah Daish dan ini sudah pun berlaku, kita sudah kata Malaysia tidak terkecuali daripada ancaman ini.

“Maka dengan berlakunya insiden di kelab Modiva, Puchong maka sudah ada insiden pertama walaupun kesannya tidak begitu serius, tetapi ini menuntut kepada semua pihak untuk tingkatkan kesedaran dalam soal keselamata­n,” katanya.

Beliau berkata, soal keselamata­n perlu diberi perhatian serius semua pihak sama ada kerajaan, pihak berkuasa dan rakyat berikutan beberapa siri kejadian penculikan di perairan pantai timur Sabah, masalah penceroboh­an senjata di sempadan Malaysia-Thailand dan siri pembunuhan secara terbuka.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia