Harian Metro

Motosikal terbakar selepas nahas

-

“Sejurus mengangkat mangsa ke tepi jalan untuk diberikan rawatan, secara tiba-tiba motosikal dia meletup dan terbakar,” kata saksi yang sempat menyelamat­kan pelajar yang terbabit kemalangan di Kampung Perak, Jalan Titi Serong, di sini, semalam.

Saiful Nizam Elias, 35, berkata, dalam kejadian jam 12.40 tengah hari itu, dia dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menjemput anak sulung dari sekolah berhampira­n dan menyaksika­n kemalangan antara motosikal dan kereta.

Menurutnya, dia membantu remaja berkenaan bersama beberapa penduduk lain di lokasi kejadian dengan mengangkat mangsa yang cedera ke tempat selamat.

“Susulan kebakaran, kami segera menjauhkan kereta yang terbabit kemalangan itu supaya tidak turut terbakar.

“Kami meminta bantuan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Parit Buntar bagi memadamkan kebakaran selain menghubung­i ambulans bagi membolehka­n mangsa dibawa ke Hospital Parit Buntar,” katanya, semalam.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat BBP Parit Buntar Abdul Halim Mansor berkata, sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 12.45 tengah hari, lima anggota berserta sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian.

 ??  ?? MANGSA diselamatk­an orang awam apabila motosikal yang ditunggang­i terbakar selepas terbabit kemalangan.
MANGSA diselamatk­an orang awam apabila motosikal yang ditunggang­i terbakar selepas terbabit kemalangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia