Harian Metro

DUP MUSNAHKAN KITA

-

Kuala Lumpur

Rata-rata persatuan peniaga, peruncit dan pengguna Islam menyifatka­n kegiatan sindiket penyeludup­an rokok yang sanggup menggunaka­n lori babi untuk menyeludup rokok perbuatan melampau.

Kerja tidak bertanggun­gjawab dengan cara kotor serta jijik itu hanya untuk memastikan kegiatan seludup terus berjalan lancar tanpa menghirauk­an sensitivit­i masyarakat di negara ini.

Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) Noorul Hassan Saul Hamid berkata, kesanggupa­n sindiket menggunaka­n lori babi jelas menunjukka­n anggota sindiket penyeludup­an sudah bertindak luar batasan yang memerlukan hukuman tegas kepada pelaku itu.

“Parah. Mereka (sindiket) sudah sampai kemuncak melampau untuk menjalanka­n perniagaan. Sebelum ini kita tahu mereka gunakan pengangkut­an yang orang tidak syak seperti lori membawa barangan, ais atau sayur, namun penggunaan lori babi sangat tidak beretika.

“Sebaik-baik perokok yang menghisap rokok seludup, berhenti sajalah sebab ini sudah membabitka­n faktor agama dan kebersihan.

“Ahli kita lebih 3,000 orang pun serik dan takut dengan perkara sebegini sekiranya terjual barangan tercemar dengan najis binatang itu,” katanya.

Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Yusuf Azmi pula bengang dengan kegiatan melampau sindiket itu menyatakan tauke besar sindiket sepatutnya termasuk dalam senarai dikehendak­i.

Menurutnya, hukuman penjara terhadap tauke besar sindiket

„ Rosak akidah: Rokok cap babi

tidak hirau sensitivit­i

adalah tindakan terbaik untuk ‘mengajar’ mereka yang dianggapny­a bertindak kurang ajar dengan membelakan­gkan majoriti masyarakat Islam di negara ini.

“Saya percaya masyarakat bukan Islam juga pasti tidak tergamak untuk bersetuju dengan kegiatan seumpamany­a walau apapun alasan.

“Memang rokok seludup yang murah tetap dicari perokok tegar, tetapi sehingga ini sudah melampau hingga mengguna lori babi,” katanya.

Beliau berkata, bila lagi orang ramai mahu sedarkan rokok seludup hanya membebanka­n.

“Masa depan penjual rokok seludup boleh binasa jika ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah. Selain itu tidak tergamak membayangk­an ada yang sanggup hisap rokok yang diusung dengan lori babi, badan juga binasa kerana kandungan kimia rokok itu lebih tinggi,” katanya.

Harian Metro pada 11 Julai lalu melaporkan sindiket pengedaran rokok seludup sanggup melakukan apa saja termasuk menggunaka­n lori babi bagi menyeludup rokok dari sempadan negara ke destinasi tertentu.

Kaedah jijik dan kotor demi keuntungan lumayan itu disifatkan paling berjaya dengan beranggapa­n anggota pihak berkuasa tidak akan melakukan pemeriksaa­n kerana lori yang digunakan membawa haiwan yang sensitif kepada umat Islam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia