Harian Metro

BAKAL PENGANTIN MAUT

- Raja Noraina Raja Rahim rnoraina@hmetro.com.my

„ Mangsa akan nikah dua minggu lagi terseret selepas dirempuh kereta

“Mereka bakal bernikah dua minggu lagi. Segala persiapan sudah dibuat malah kad kahwin juga sudah diedar. Namun Allah SWT lebih sayangkann­ya,” kata Rozie Hashimi, 39, bakal kakak ipar kepada Mohd Rabbani Mohd Zahid, 28, yang meninggal dunia dalam kemalangan, semalam.

Mohd Rabbani meninggal dunia selepas Yamaha 135LC ditunggang­nya dirempuh Nissan Almera sebelum diseret beberapa meter di Kilometer 270.5, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berhampira­n Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Seremban jam 8 pagi.

Dalam kejadian itu, mangsa dalam perjalanan ke tempat kerja di Kumpulan Naza di Kampung Baru, Kuala Lumpur dari rumah keluarga di Taman Bukit Mutiara, Temiang.

Rozie berkata, dia dimaklumka­n rakan sekerja adik perempuann­ya, Rozanie, 26, yang menerima panggilan daripada bapa arwah.

“Rozanie yang bekerja sebagai Eksekutif Pentadbira­n Lembaga Getah Malaysia, Kuala Lumpur dan arwah bertunang pada September tahun lalu dan akan dinikahkan 14 Ogos ini di rumah keluarga kami di Hulu Langat, Cheras.

“Mereka mahu membeli gelang emas bagi majlis akad nikah, esok (hari ini),” katanya.

Katanya, jenazah dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Makam Tuan Haji Said, Sikamat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai Superinten­dan Zaldino Zaludin berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal mangsa bergesel dengan Nissan Almera menyebabka­n mangsa terseret beberapa meter.

 ??  ??
 ??  ?? MAYAT mangsa ditutup kain. Gambar kecil Mohd Rabbani.
ROZANIE menunggu di bilik mayat.
MAYAT mangsa ditutup kain. Gambar kecil Mohd Rabbani. ROZANIE menunggu di bilik mayat.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia