Harian Metro

PENYAMUN SELAMBA

- Fuad Hadinata Yaacob hadinata@hmetro.com.my

„ Lelaki guna pistol tiruan samun kedai serbaneka

Seorang penjenayah solo bertindak ala profesiona­l ketika melakukan samun di sebuah kedai serbaneka di Seksyen U10, di sini.

Penjenayah berusia 20-an itu didapati menggunaka­n pistol dipercayai tiruan ketika melakukan jenayah berkenaan sekitar jam 10.40 malam, Rabu lalu.

Malah tanpa penutup muka atau topeng, penjenayah yang memakai topi itu menunjukka­n pistol kepada juruwang sebelum memaksa mangsa menyerahka­n wang.

Malah lelaki itu yang memakai baju hitam dilihat berjalan ‘selamba’ keluar dari kedai itu selepas melakukan samun.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, dalam kejadian itu suspek melarikan wang tunai kira-kira RM100 serta sekotak rokok.

“Suspek yang memakai baju hitam dan bertopi itu bertindak sendirian. Suspek dipercayai membawa pistol tiruan dan tiada kecederaan dilaporkan,” katanya.

Beliau berkata, siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

 ??  ?? SUSPEK (kanan) mengeluark­an pistol tiruan ketika menyamun sebuah kedai serbaneka di Seksyen U10, Shah Alam.
SUSPEK (kanan) mengeluark­an pistol tiruan ketika menyamun sebuah kedai serbaneka di Seksyen U10, Shah Alam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia