Harian Metro

Penjenayah lolos diburu selepas berbalas tembak

-

Georgetown: Polis sedang giat memburu pemilik Honda City yang meloloskan diri selepas berbalas tembak dengan anggota polis di Kampung Acheh, Jawi, Seberang Perai Selatan (SPS), malam kelmarin.

Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata, kejadian berlaku jam 10.30 malam ketika sepasukan anggota yang sedang melakukan rondaan terserempa­k kereta berkenaan yang dipercayai dinaiki lebih daripada seorang lelaki dalam keadaan mencurigak­an.

Beliau berkata, ketika mahu membuat pemeriksaa­n, pemandu terus memecut dan ketika tiba Plaza Tol Jawi, suspek melepaskan beberapa das tembakan ke arah anggota polis.

“Anggota juga melepaskan dua das tembakan bagi mempertaha­nkan diri namun suspek masih berdegil dan enggan memberhent­ikan kereta.

“Suspek terus memecut laju sehingga Plaza Tol Juru dan sekali lagi melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis tetapi tidak mengenai sasaran sebelum suspek meloloskan diri,” katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia