Harian Metro

CEO DEPAN MATA

- Iskandar Shah Mohamed iskandar@hmetro.com.my

Pelajar, pensyarah harus manfaat pengalaman tokoh niaga

Pensyarah di Universiti Awam (UA) dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) diminta meningkatk­an kerjasama dengan pelbagai sektor industri bagi melahirkan lebih ramai mahasiswa cemerlang termasuk dalam dunia keusahawan­an.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata, pensyarah dan penuntut kini perlu mengetahui keadaan atau perkembang­an terkini industri supaya kerjasama dengan bidang akademik dijalin secara berterusan.

“Sebagai contoh, kementeria­n memperkena­lkan program ‘CEO@Faculty’ yang bukan saja berperanan memberi ceramah semata-mata, malah tokoh industri yang dipilih perlu berinterak­si dan bekerjasam­a dengan pakar akademik.

“Ia bagi memastikan kurikulum yang diajar di universiti atau IPT selaras dengan kehendak industri. Selain itu, ia boleh mengenal pasti langkah atau peranan yang boleh dibuat tanpa hanya tamat di satu peringkat,” katanya selepas menghadiri majlis Penyampaia­n Pelantikan Watikah CEO@Fakulty kepada Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad Datuk Seri Shazalli Ramly di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, semalam.

Hadir sama, Naib Canselor UiTM Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said.

Menurut Idris, kementeria­n berharap kerjasama antara kedua-dua pihak itu dapat ditingkatk­an secara berterusan.

“Kita (kementeria­n) melihat isu di universiti. Antaranya pensyarah kurang mengetahui apa yang berlaku dalam industri.

“Mereka turut perlu berkolabor­asi dengan kerajaan dan masyarakat supaya mahasiswa tidak ‘kekurangan’ apabila menamatkan pengajian kelak. Ia ditingkatk­an secara berperingk­at bagi memastikan kemampuan melahirkan graduan cemerlang secara holistik dan seimbang,” katanya.

Sementara itu, Shazalli berkata, penganjura­n program khas berkenaan memberi tambah nilai kepada kurikulum mahasiswa, sekali gus meningkatk­an tahap pendidikan mereka.

“Ia berikutan pihak industri diberi ruang dan peluang berkongsi pelbagai kajian dengan penuntut yang kini bertuah kerana dapat merasai sendiri pengalaman menemui CEO di depan mata,” katanya.

 ?? Idris Jusoh ?? Mereka turut perlu berkolabor­asi dengan kerajaan dan masyarakat supaya mahasiswa tidak ‘kekurangan’ apabila menamatkan pengajian kelak” IDRIS (tengah, lima dari kanan), Shazalli (tengah, tujuh dari kanan) dan Dr Hassan (tengah, empat dari kanan)...
Idris Jusoh Mereka turut perlu berkolabor­asi dengan kerajaan dan masyarakat supaya mahasiswa tidak ‘kekurangan’ apabila menamatkan pengajian kelak” IDRIS (tengah, lima dari kanan), Shazalli (tengah, tujuh dari kanan) dan Dr Hassan (tengah, empat dari kanan)...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia