Harian Metro

LIHAT SUDUT POSITIF

- Siti A’isyah Sukaimi sitiaisyah@hmetro.com.my

„ Akta Majlis Keselamata­n Negara jamin hidup aman dan makmur

Akta Majlis Keselamata­n Negara yang bakal dikuatkuas­akan Isnin ini perlu dilihat daripada pelbagai sudut termasuk kepentinga­n keselamata­n dan ekonomi negara.

Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri Koperasi dan Kepengguna­an Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, penguatkua­saan akta itu memberikan kelegaan kepada rakyat di negara ini hidup dalam suasana aman dan makmur.

“Kami perlu melihat di segi keselamata­n, isu keganasan boleh menyebabka­n masyarakat hidup dalam ketakutan manakala dari sudut ekonomi boleh menjejaska­n industri pelanconga­n dan mengganggu aktiviti perniagaan.

“Apabila pelbagai masalah berlaku, ia mendatangk­an kerugian kerana orang tidak mahu keluar dari rumah disebabkan was-was,” katanya pada sidang media sambutan genap setahun sebagai Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an di sini semalam.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilaporkan berkata, kerajaan dikritik kerana meluluskan akta pencegahan dan keselamata­n sebelum ini, namun tidak sesekali memohon maaf hanya kerana meletakkan keselamata­n sebagai keutamaan rakyat.

Menerusi ucaptama persidanga­n Polis ASEAN (ASEANAPOL) ke-36, beliau berkata, kerajaan meluluskan beberapa akta keselamata­n termasuk Akta Keselamata­n (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) 2012, Akta Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara (SMATA) 2015, Akta Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 dan Akta Majlis Keselamata­n Negara bertujuan membantera­s isu keganasan.

Dalam pada itu, Hamzah berkata, tindakan juga boleh diambil terhadap mana-mana individu yang didapati antaranya mengeluark­an ucapan boleh memecah-belah rakyat di negara ini.

Justeru, katanya, penguatkua­saan akta berkenaan untuk kepentinga­n bersama pelbagai pihak serta rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini.

“Kuasa Perdana Menteri adalah kuasa diberikan untuk menjaga keselamata­n.

“Jangan anggap jika diberikan kuasa kepada Perdana Menteri menyebabka­n kita rugi sekiranya apa yang dibuat adalah untuk kepentinga­n bersama,” katanya.

 ?? Hamzah Zainudin ?? Kami perlu melihat di segi keselamata­n, isu keganasan boleh menyebabka­n masyarakat hidup dalam ketakutan manakala dari sudut ekonomi boleh menjejaska­n industri pelanconga­n dan mengganggu aktiviti perniagaan”
Hamzah Zainudin Kami perlu melihat di segi keselamata­n, isu keganasan boleh menyebabka­n masyarakat hidup dalam ketakutan manakala dari sudut ekonomi boleh menjejaska­n industri pelanconga­n dan mengganggu aktiviti perniagaan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia