Harian Metro

Maut terbabas pergi klinik

-

Seorang penunggang motosikal maut manakala seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun parah selepas kenderaan itu terbabas ke dalam parit di Jalan Tok Paduka Raja, di sini, tengah hari semalam.

Dalam kejadian jam

12.45 tengah hari itu, Foziah Ahmad, 54, yang menunggang Modenas Kriss meninggal dunia ketika dalam perjalanan mendapatka­n rawatan di Klinik Kesihatan Kampung Gajah manakala Mohamad Shafiq Ikmal Khairul Anuar, 7, cedera parah.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Perak Superinten­dan Wan Jamil Wan Chik berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari Sekolah Rendah Kebangsaan Tanjung Bidara pulang ke rumah melalui Jalan Tok Paduka Raja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia