Harian Metro

Daish peralat konsep jihad

-

Golongan muda menjadi sasaran kumpulan militan Daish supaya bersimpati terhadap perjuangan mereka berikutan kefahaman Islam yang tipis.

Dekan Fakulti Tamadun Islam Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Dr Kamaruzama­n Yusof berkata, ia bagi merealisas­ikan sasaran Daish untuk merekrut 500 juta orang muda supaya menjadi pengikut mereka di seluruh dunia.

“Konsep ideologi jihad yang dibawa Daish adalah pengertian yang salah, dengar saja nak lawan musuh mesti berperang dan mati.

“Kita perlu tengok daripada perspektif yang betul apa sebenarnya

>>Pengguna boleh bayar caj untuk enam kenderaan yang didaftar dalam akaun

konsep jihad itu, tidak semestinya berperang dan bunuh saja, tetapi jihad ekonomi dan pendidikan juga adalah sebahagian daripada jihad,” katanya selepas ditemui sebaik selesai menyampaik­an Forum Turki, Kudeta dan Erdogan di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, di sini, semalam.

Kamaruzama­n berkata, konsep jihad itu disempitka­n militan Daish sehingga menjadi masalah kepada semua pihak.

“Golongan muda kini menjadi sasaran Daish untuk mengembang­kan ideologi mereka dengan sasaran 500 juta pengikut muda Islam akan menyertai kumpulan itu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia