Harian Metro

Tak cadang lanjut usia persaraan

-

Kerajaan tidak bercadang melanjutka­n usia persaraan penjawat awam kepada 62 tahun daripada 60 tahun buat masa ini, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Beliau turut menyifatka­n cadangan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmat­an Awam (CUEPACS) berhubung perkara itu sebagai pramatang.

“Kita mengambil maklum cadangan itu tapi mungkin masih pramatang lagi nak bercakap tentang penambahan umur persaraan.

“Jadi kita biarkan dulu (umur persaraan) 60 tahun dilaksanak­an untuk beberapa tahun lagi,” katanya di Angkasapur­i di sini, semalam.

Presiden CUEPACS

Datuk Azih Muda membuat cadangan itu kerana berpandang­an ia satu kesesuaian seiring wawasan negara menuju ke arah status negara maju.

Katanya, langkah itu juga mampu mengurangk­an perbelanja­an bayaran pencen kepada pesara.

Sebelum ini umur persaraan wajib telah dinaikkan daripada 58 tahun kepada 60 tahun pada tahun 2012.

Malaysia kini mempunyai 1.6 juta penjawat awam termasuk kumpulan keselamata­n dan perkhidmat­an kritikal. – BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia