Harian Metro

NCCC terima 44,540 aduan

-

Pusat Khidmat Aduan Pengguna (NCCC) menerima sebanyak 44,540 aduan tahun lalu membabitka­n nilai kerugian mencecah RM233.76 juta.

Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Prof Datuk Dr N Marimuthu berkata, jumlah aduan pada tahun lalu meningkat sebanyak 38 peratus berbanding 2009.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, aduan tertinggi membabitka­n pembelian atas talian iaitu 7,692 meningkat 2,000 aduan berbanding tahun sebelumnya.

“Dunia perniagaan pada hari ini tidak lagi mengenal sempadan pasaran dengan pembelian atas talian semakin diminati pengguna.

“Walaupun kemajuan teknologi membolehka­n pengguna menikmati manfaat pembelian melalui Internet, isu yang menggugat hak pengguna semakin ketara dan memerlukan perhatian semua pihak,” katanya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia