Harian Metro

PALING TINGGI

- Asrizal Aris asrizal.aris@hmetro.com.my

„ Piala Sinergi berukuran 4.8m diiktiraf MBR

Bermula dengan gurauan memberi idea untuk mencipta piala unik, siapa sangka piala yang dicipta setinggi 4.8 meter itu menerima penganuger­ahan Malaysia Book Of Records (MBR) sebagai piala tertinggi di negara ini, Ahad lalu.

Piala yang diberi nama Piala Sinergi itu direka khas sebagai piala pusingan sempena pertanding­an Tendangan Penalti Persatuan Sinergi Malaysia bagi pusingan pertama.

Pengerusi Persatuan Sinergi Malaysia A Sugumaran, berkata, piala itu dibina sejak pertengaha­n Mei lalu dan disiapkan dalam tempoh 45 hari oleh 35 ahli persatuan.

“Pada peringkat permulaan, kami hanya mahu mencipta sebuah piala yang unik, namun apabila menyedari ketinggian­nya mencecah separuh daripada piala tertinggi dunia yang diiktiraf Guinness World Records, kami mula berhubung dengan pihak MBR.

“Memang tidak sangka, piala yang hanya dibuat untuk pertanding­an tendangan penalti itu, boleh dapat penganuger­ahan dari MBR,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Menurutnya, piala yang dicipta untuk pertanding­an yang disertai 48 kumpulan itu, diperbuat daripada logam yang disadur dengan perak, kayu, besi dan aluminium.

Katanya,

pertanding­an itu mendapat penyertaan peserta berusia antara 12 hingga 65 tahun dan menjadi pertanding­an sukan unik yang akan diadakan setiap tahun.

“Meskipun persatuan kami hampir tiga bulan ditubuhkan, penyertaan pertanding­an yang kali pertama diadakan ini amat menggalakk­an.

“Jumlah ahli persatuan tidak ramai, tetapi kami amat mementingk­an kualiti, termasukla­h membuat Piala Sinergi,” katanya.

Majlis penganuger­ahan dirasmikan Timbalan Menteri Pendidikan 1, Datuk P Kamalanath­an di Padang Bola Sepak Batang Berjuntai, Selangor, Ahad lalu.

Turut hadir, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim, Pengarah Urusan Restoran Ali Maju, Datuk Jawahar Ali dan Pengarah Urusan Maju TMAS, Roslan Shariff.

 ??  ?? PIALA Sinergi (kanan) dengan ketinggian 4.8m.
PIALA Sinergi (kanan) dengan ketinggian 4.8m.
 ??  ?? KAMALANATH­AN (tiga dari kanan) bersama Jawahar (dua dari kiri) dan Sugumaran (dua dari kanan) menerima sijil penganuger­ahan Malaysia Book of Records.
KAMALANATH­AN (tiga dari kanan) bersama Jawahar (dua dari kiri) dan Sugumaran (dua dari kanan) menerima sijil penganuger­ahan Malaysia Book of Records.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia