Harian Metro

AADK pantau 178 lokasi berisiko

-

Sebanyak 178 lokasi di seluruh negara akan diberi perhatian oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) kerana berisiko menjadi sarang penyalahgu­naan dadah.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK Izhar Abu Talib berkata, semua lokasi itu dikenal pasti hasil pemantauan dilakukan pihaknya dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta aduan daripada pemimpin masyarakat setempat.

“Usaha membantera­s gejala pengedaran dan penyalahgu­naan dadah di kawasan berkenaan giat dilakukan AADK dengan kerjasama semua jabatan kerajaan, agensi, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat setempat,” katanya ketika berucap pada Bengkel Perancanga­n Strategik PDH 2016-2020 peringkat negeri di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia