Harian Metro

Kadar parkir DBKL distruktur semula ‘SYUKUR DOA DIMAKBUL’

- Nor ‘Asyikin Mat Hayin asyikin.mat@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Tiada kenaikan 150 peratus dalam caj parkir di ibu kota selepas ia distruktur semula oleh Kementeria­n Wilayah Persekutua­n.

Menterinya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, pelaksanaa­n kadar baru yang dinilai semula mengambil kira pelbagai keperluan pengguna dan berlandask­an prinsip pergerakan orang ramai, bukannya kenderaan.

“Sebagai kerajaan yang prihatin terhadap rakyat, pihak kementeria­n dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersetuju meneliti semula kadar baru ini dengan menetapkan caj di kawasan pusat bandar ialah RM1.50 bagi jam pertama dan RM2.50 untuk jam kedua dengan maksimum dua jam.

“Di kawasan luar pusat bandar beraktivit­i tinggi, kadarnya ialah RM1 bagi jam pertama dan seterusnya manakala di luar pusat bandar ialah 80 sen bagi jam pertama dan seterusnya. Kedua-dua kawasan ini tiada had maksimum meletak kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Pada 18 Julai lalu, DBKL menaikkan kadar caj parkir sebanyak 150 peratus dengan menetapkan caj parkir bagi kawasan CBD dinaikkan daripada 80 sen ke RM2 untuk satu jam pertama dan RM3 akan dikenakan pada jam kedua dan berikutnya.

Adnan berkata, kadar baru yang dinilai semula itu turut menyediaka­n satu sistem mesra pengguna dengan pelbagai kaedah pembayaran disediakan seperti syiling, kad Touch n Go dan aplikasi telefon pintar.

“Untuk pengguna jangka masa sederhana dan panjang, DBKL memperkena­lkan sistem pembayaran secara pas bulanan yang boleh dilanggan secara online pada kadar yang amat berpatutan.

“Pembelian pas bulanan ini boleh dilakukan mengikut kesesuaian dan keselesaan pengguna tanpa perlu beratur atau ke lokasi tertentu untuk membuat pembelian,” katanya.

Beliau berkata, menjadi hasrat DBKL apabila seluruh perancanga­n terlaksana kelak, warga kota akan menikmati satu sistem aliran lalu lintas yang lebih lancar dan cekap.

“Tujuan kadar baru ini dilaksanak­an bagi mengelakka­n pihak tertentu memonopoli tempat letak kereta di bahu jalan yang terhad serta menggalakk­an penggunaan pengangkut­an awam di Kuala Lumpur,” katanya.

Mereka yang mahu mengetahui lebih lanjut kemudahan yang disediakan, boleh melayari portal www.citypark.my.

“Saya bersyukur Allah memakbulka­n doa dengan menyembuhk­an sedikit penyakit saraf yang saya hidapi.

“Keadaan saya bertambah baik jika dibandingk­an ketika

„ Wanita hidap sakit saraf gembira

penyakit dihidapi makin pulih

Ramadan lalu dan sekarang sudah boleh berjalan tetapi dengan bantuan tongkat,” kata Elya Susanti Ab Rakit, 45.

Elya Susanti adalah ibu kepada lima beradik yang berkongsi mi segera ketika bersahur dan berbuka puasa disebabkan dia terlantar di Hospital Pakar al-Islam, Kampung Baru akibat masalah saraf.

Kisah lima beradik yang berusia antara tujuh hingga 12 tahun itu menarik perhatian ramai selepas menjadi viral di laman sosial serta pernah disiarkan di Harian Metro pada 28 Jun dan 1 Julai lalu.

Susulan itu, ramai pihak tampil menghulurk­an sumbangan termasuk Kelab Sukan dan Rekreasi The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) dengan kerjasama Tabung Kemanusiaa­n Media Prima bagi membantu meringanka­n beban keluarga terbabit.

Ibu tunggal itu berkata, dia disahkan menghidap penyakit saraf sejak September tahun lalu dan sepanjang tempoh berkenaan, sudah lima kali dimasukkan ke Hospital Pakar al-Islam.

“Kali terakhir dimasukkan ke hospital pada 21 Jun lalu selama 14 hari dan menjalani pembedahan pada lutut kanan, kedua-dua tapak tangan bagi membetulka­n saraf, pinggul kanan serta suntikan pada lutut kiri.

“Saya dibenarkan keluar hospital pada 3 Julai lalu dan kini sedang menjalani rawatan fisioterap­i di hospital berkenaan. Alhamdulil­lah, hasil rawatan ini saya sudah boleh berjalan walaupun menggunaka­n bantuan tongkat,” katanya yang menetap di Taman Samudera.

Menurutnya, berpisah dengan anak-anak selama 14 hari kerana menjalani rawatan di hospital adalah pengalaman paling sukar dalam hidupnya kerana mereka tidak pernah berjauhan sebelum ini.

“Ada beberapa kali semasa dalam rawatan, saya minta kebenaran daripada pegawai perubatan untuk pulang ke rumah kerana rindu dan bimbang dengan keselamata­n mereka,” katanya.

Kakitangan sebuah bank di ibu kota itu berkata, dia tidak menyangka di sebalik ujian yang menimpanya, terdapat hikmah untuk keluargany­a di mana dia tidak keseoranga­n dalam menempuh kesusahan hidup.

“Sejak kisah kami disiarkan dan sehingga ke hari ini, kami tidak putus menerima bantuan sama ada berbentuk barangan dan kewangan daripada pelbagai pihak.

“Terima kasih kepada pihak yang membantu dan saya berharap dapat pulih segera seperti sedia kala kerana mahu kembali bekerja serta menjaga anak-anak. Saya mahu mengembali­kan kegembiraa­n keluarga ini yang hilang sejak saya jatuh sakit,” katanya.

Sementara itu, anak sulungnya, Nur Alya Dayana Muhammad Nadzri, 12, berkata, dia gembira apabila ibunya keluar dari hospital dan menyambut Aidilfitri bersama keluarga.

“Semasa mama di hospital, saya yang uruskan adik-adik. Memang susah lebih-lebih lagi apabila perlu memujuk mereka menangis kerana terlalu merindui mama.

“Saya rindu masakan mama terutama rendang daging dan nangka. Kedua-dua menu ini adalah makanan kegemaran kami adik-beradik,” katanya yang bercita-cita menjadi doktor.

 ??  ?? ELYA Susanti menyambut kepulangan anaknya dari sekolah di rumah mereka di Taman Samudera, Batu Caves.
ELYA Susanti menyambut kepulangan anaknya dari sekolah di rumah mereka di Taman Samudera, Batu Caves.
 ?? Elya Susanti Ab Rakit ?? Alhamdulil­lah, hasil rawatan ini saya sudah boleh berjalan walaupun menggunaka­n bantuan tongkat”
Elya Susanti Ab Rakit Alhamdulil­lah, hasil rawatan ini saya sudah boleh berjalan walaupun menggunaka­n bantuan tongkat”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia