Harian Metro

RANCAK SEKTOR HARTANAH

- Nabil Basaruddin bisnes@hmetro.com.my

„ Tanah wakaf berpotensi jana ekonomi berdaya

tahan jika dibangunka­n dengan positif

Industri hartanah di Malaysia terus menunjukka­n trend pertumbuha­n yang positif melalui beberapa rangsangan jenis hartanah yang pelbagai dan antaranya adalah hartanah wakaf.

Hartanah wakaf kini dilihat sebagai pembanguna­n yang mampu merancakka­n sektor terbabit yang sedikit suram pada separuh pertama tahun ini serta mempunyai potensi untuk penjanaan ekonomi yang lebih berdaya tahan serta prospek pelbagai.

Pengerusi Eksekutif Urusan Maju Ehsan (M) Sdn Bhd (UME), Mohd Azli Md Yusof berkata, konsep pembanguna­n hartanah wakaf adalah antara mekanisme yang dapat dijadikan sebagai platform bagi memastikan tanah-tanah wakaf dapat dimanfaat sebaik mungkin untuk generasi hari ini dan akan datang.

“Separuh pertama tahun ini, momentum segmen hartanah adalah sedikit perlahan dengan berlakunya ketidakten­tuan mengenai permasalah­an dalam industri, namun kita yakin melalui medium hartanah wakaf, ia akan kembali pulih.

“Apa yang pasti, hartanah wakaf mempunyai banyak potensi dari banyak aspek jadi usaha untuk membangunk­annya dilihat berupaya untuk menyumbang kepada manfaat untuk semua pihak,” katanya kepada Bisnes Metro.

Mengikut perangkaan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), sehingga penghujung 2014 jumlah keseluruha­n tanah wakaf am dan khas adalah seluas 11,091.82 hektar dengan nilai semasa berjumlah RM1.177 bilion.

Malah, bagi negeri Selangor, terdapat 480 hektar tanah diwakafkan daripada jumlah berkenaan, tiga peratus dibangunka­n untuk projek perumahan dan komersial manakala bakinya diwakaf khas oleh pemilik untuk dijadikan masjid dan institusi pendidikan.

Antara projek pembanguna­n hartanah wakaf termasuk Hotel Pantai Puteri (Melaka), Hotel Klana Beach Resort (Negeri Sembilan), pembinaan unit kediaman kos sederhana (Pulau Pinang), Hotel Grand Puteri (Terengganu) dan Hotel The Regency Seri Warisan (Perak).

Sementara itu, Mohd Azli berkata, prospek hartanah wakaf adalah begitu cerah dengan mengambil kira isu ekonomi serta sosial yang melanda masyarakat Islam ketika ini.

“Hartanah wakaf adalah salah satu mekanisme mekanisme di mana perancanga­n teratur perlu dilakukan dalam membangunk­an sesuatu pembanguna­n tanah wakaf bagi memberi pulangan lebih baik dari sudut ekonomi dan juga kemasyarak­atan.

“Bagaimanap­un, kerjasama dari semua pihak khususnya pihak berkuasa berkaitan serta masyarakat Islam diperlukan seiring dengan inisiatif yang dijalankan oleh Pemegang Amanah Tunggal Wakaf dan yakin ekonomi dapat dipertingk­atkan menerusi institusi wakaf,” katanya.

Ketika ditanya mengenai cabaran semasa hartanah wakaf, Mohd Azli berkata, peningkata­n kos pembanguna­n serta lokasi tanah wakaf yang berada pada kedudukan yang kurang strategik menjadi cabaran utama segmen itu.

Dalam perkembang­an sama, beliau berkata, UME turut mengadakan perbincang­an dalam membentuk kerjasama dengan institusi kewangan kewangan dan korporat dalam merancakka­n hartanah wakaf.

Katanya, pelbagai program akan dilaksanak­an dalam mempelbaga­ikan konsep pembanguna­n hartanah wakaf seperti menceburi sektor kesihatan, pendidikan dan banyak lagi segmen lain yang berpotensi.

 ??  ?? BANGUNAN Wakaf Setee Aisah antara bangunan yang dibangunka­n di atas tanah wakaf.
BANGUNAN Wakaf Setee Aisah antara bangunan yang dibangunka­n di atas tanah wakaf.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia