Harian Metro

Unjur langganan 100,000 PAKEJ MILIKI RUMAH

- Sofyan Rizal Ishak sofyan.rizal@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Managepay Systems Berhad (MPay) menyasarka­n 100,000 Kad Prabayar Mastercard MPay (MPay Mastercard) akan dilanggan bagi tahun pertama ia beroperasi.

Pengarah Urusannya Datuk Chew Chee Seng berkata, buat masa ini hanya 100,000 pemegang kad memandangk­an ia perlu mengambil kira proses promosi dan pemasaran semasa dalam memperting­katkan jumlah langganan.

Beliau berkata, pihaknya yakin ia akan meningkat pada 2017 dengan kadar pertumbuha­n dua digit kerana MPay Mastercard lebih mudah digunakan serta fleksibel bagi mereka yang inginkan kehidupan lebih versatil.

“Kad prabayar yang kami tawarkan ini pilihan ideal bagi pembayaran secara tunai yang menawarkan ciri-ciri keselamata­n sistem bagi pengguna ketika membeli barangan mahupun perkhidmat­an.

“Malah, kami yakin melalui MPay Mastercard ini, ia akan membantu mewujudkan ekosistem pembayaran tanpa tunai dengan lebih baik kepada komuniti dalam membuat pembayaran barang, perkhidmat­an, melancong dan banyak lagi pembayaran lain,” katanya pada sidang media pelancaran MPay Mastercard di sini, semalam.

Hadir sama, Pengurus Negara Malaysia dan Brunei Mastercard, Perry Ong. Pelancaran kad prabayar

Mpay Mastercard itu kerjasama dengan Mastercard di mana ia turut menyokong pertumbuha­n pasaran pembayaran tanpa tunai.

Affin Islamic Bank Berhad (AFFIN ISLAMIC) menawarkan produk pembiayaan perumahan atau lebih dikenali Pembiayaan Perumahan-i bagi memudahkan pengurusan kewangan pembeli hartanah.

Ia adalah pakej pembiayaan hartanah kediaman paling fleksibel dengan AFFIN Home Invest-i dan Home Assist Plus-i adalah antara produk pembiayaan perumahan yang menarik untuk pelanggan di seluruh negara dengan menggunaka­n konsep Musharakah Mutanaqisa­h.

Di bawah konsep Musharakah Mutanaqisa­h, bank akan berkongsi kos pembelian hartanah di mana pelanggan membayar bayaran muka dan AFFIN ISLAMIC membayar selebihnya, sekali gus menjadikan bank dan pelanggan pemilik bersama hartanah terbabit.

Bayaran ansuran oleh pelanggan di bawah pembiayaan hartanah merangkumi bayaran mengambila­lih pemilikan bank terhadap hartanah terbabit di samping ijarah atau sewa atas gunaan pelanggan bagi hartanah.

Sebagai contoh, pelanggan akan mendapat 10 peratus pemilikan hartanah manakala bank memperoleh 90 peratus. Apabila bayaran ansuran dibuat pelanggan secara berterusan maka peratusan pemilikan pelanggan bertambah manakala peratusan pemilikan bank berkuranga­n sehinggala­h pelanggan menjadi pemilik tunggal hartanah terbabit apabila bayaran dibuat sepenuhnya.

Di bawah pembiayaan perumahan AFFIN ISLAMIC, pelanggan juga boleh mengeluark­an lebihan bayaran ansuran sekiranya mereka membuat pra-pembayaran atau bayaran pendahulua­n.

„ AFFIN ISLAMIC tawar produk Pembiayaan Perumahan-i permudah urus beli hartanah

Walau bagaimanap­un, pengeluara­n lebihan ansuran hanya boleh dibuat jika terdapat lebihan bayaran.

Secara ringkasnya, urus niaga itu membabitka­n penjualan balik oleh pelanggan kepada bank bagi sebahagian ekuiti hartanah yang dibeli pelanggan daripada bank sebelumnya. Pra-pembayaran boleh dibuat berdasarka­n peratusan daripada keseluruha­n pembiayaan manakala bayaran pendahulua­n pula boleh dibuat secara bulanan dalam jangka masa yang tertentu.

Konsep perkongsia­n pembiayaan perumahan AFFIN ISLAMIC juga merangkumi perkongsia­n risiko di antara pelanggan dan bank. Bank akan memastikan pemaju perumahan yang terpilih bertanggun­gjawab dan boleh dipercayai agar risiko projek terbengkal­ai berada pada tahap minimum.

Ini kerana pihak bank akan bersama-sama menanggung kerugian yang dialami oleh pelanggan dan wang pelanggan akan dipulangka­n sepenuhnya jika projek pembinaan terbengkal­ai.

Pembiayaan Perumahan AFFIN ISLAMIC juga menawarkan pelbagai kelebihan tersendiri seperti margin pembiayaan tinggi sehingga 95 peratus serta 20 peratus diskaun duti setem. Selain itu, ia turut menawarkan takaful bertempoh gadai janji berkuranga­n (MRTT) untuk perlindung­an sepanjang tempoh pembinaan dan kemudahan pengeluara­n wang fleksibel bagi pelanggan yang memerlukan dana.

AFFIN Home Invest-i dikhaskan untuk pelanggan yang memerlukan pembiayaan RM200,000 dan ke atas manakala AFFIN Home Assist Plus-i dikhaskan untuk pembiayaan bawah RM200,000. Tempoh pembiayaan AFFIN Home Invest-i dan Home Assist Plus-i mencapai 35 tahun atau sehingga pelanggan berusia 70 tahun bergantung kepada tempoh yang mana terdahulu.

Pakej ini disediakan untuk pemohon individu dan bersama serta terbuka kepada semua sama ada individu beragama Islam atau bukan Islam dan warganegar­a Malaysia serta bukan warganegar­a.

Selain dua pakej terbabit, AFFIN ISLAMIC turut menawarkan pakej pembiayaan perumahan lain seperti AFFIN Invest Plus-i, AFFIN BNM Priority Sector Home Financing-i, AFFIN Premier Corporate Home Financing-i dan AFFIN Home Build-i.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk AFFIN ISLAMIC, sila layari www.affinislam­ic.com.my atau kunjungi mana-mana cawangan AFFINBANK dan AFFIN ISLAMIC.

 ??  ?? CHEW (kanan) bersama Perry melancarka­n MPay Mastercard di Kuala Lumpur, semalam.
CHEW (kanan) bersama Perry melancarka­n MPay Mastercard di Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia